Sunday, September 19, 2010

Waktu menginjak pergi.

Assalamualaikum.

Berapa kalikah terdetik kata-kata sebegini dlm hati kalian? "Dia nampak dah tua sgt", "Dah besar dah budak ni".

Masa berlalu tanpa menghiraukan kita. Suka atau tidak setiap perkara ada akhirnya. Setiap yg baru akn  menjadi season juga. Cinta yg tiada akhirnya pasti akn dilupakan jua bila sang pencinta mati dan meninggalkan dunia.

Setiap bayi yg melupakan uri-nya akan membesar dan menjurus ke liang lahad juga. Detik-detik jam sebenarnya mengingatkan kita betapa ajal makin dekat, saat demi saat.

Jika dulu aku hanyalah seorang budak perempuan yang sengal-sengal dan kecewa dgn nasib diri. Tapi kini tidak lagi. Hidup nampak terang benderang dengan masa depan yg masih jauh. Ada perkara-perkara yg hendak dikejar dan banyak yg perlu ditinggalkan.

Ada satu peperiksaan besar yg akn menentukan segalanya. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 2010.
With minimum target and maximum effort menuju STPM dgn sepenuh jiwa. Aku tahu peluang lebih cerah dgn keputusan STPM "kalau lulus". tapi untuk lulus bukan senang-senang. perlu kerja keras. perlu bersengkang mata. Memang dah terpaksa.

Mahalnya harga masa depan tak dapat dibeli dgn kelalaian, aku kena betul2 menginginkannya dan berusaha sehabis daya. Entah mampu entahkan tidak , aku tak dapat gerenti tapi hasrat hati tak goncang lagi. Dah firm untuk bertungkus-lumus seada tenaga dan selagi ada waktu.

Dunia tak tunggu kita. Berputar patuh pada paksinya hanya manusia yg mabuk sendirian, alpa dgn peredaran zaman.




Ini "MEL". Cinta hati aku yg  terbaru. Ini dulu. Sekarang dia dah besar tiga kali ganda.Well. Masa berlalu.





Nak kongsi reban kucing ak dgn kalian. Kalau sudi. Boleh play video.







merekalah teman aku sehari-hari selama aku di fom six ni. teman yg comel dan memuaskan jiwa.
sekarang cuma tinggal lima. banyak yg dah pergi ke alam lain dan terdapat juga yg dah pindah ke area lain.


sekian.

Saturday, September 18, 2010

betul2 TRIAL.

Assalamualaikum.

Skrg mmg kene focus pada Trial.

Nak principle tuk sume. k.

Lantak la xde org view blog ak or status turun ke.

TRIAL dulu. yg lain ltk tepi. sekian,

_Rintihan budak tak study habes lg_

Thursday, September 16, 2010

Keluar Dari Kepompong.

Assalamualaikum.

Lega sangat! Aku tiba-tiba rasa mcm terkeluar dari satu hijab yg ghaib. Banyak benda berlaku minggu ni. Dan akhirnye semua kekusutan terungkai sendiri.

Pagi Selasa hari tu, 5 Syawal @ nama glamernya hari raya ke-5, Pak Ngah aku meninggal dunia. Innalillahiwainnailaihirojiun. Al-Fatihah buat Allahyarham Zakaria bin Husain. Terbayang-bayang di mata saat aku berbual-bual dengannya masa Hari Raya pertama hari tu. Tapi masa tu arwah mmg nampak sugul dan lain macam. Ajalnya dah tiba. Dan tiada siapa boleh meneka.

Itu satu perkara. Banyak lagi benda lain sebenarnya.

Ada seorg manusia yg selalu dtg menjenguk hati aku. Tak tahu kenapa. Aku pn bukan suka sgt dgn dia. Perangai tak senonoh mane. Tak hensem mana pun.Tapi aku mcm addicted. Wah. Haha, Tapi minggu ni minda aku terbuka untuk mengeluarkan bayang-bayangnya dari hidup aku. Get Out Of My Life!!

Baru petang tadi. Aku g jln2 raye dgn kwn2 sekolah rendah lama dulu. Mmg lama sgt x jumpe n jln2 sesame. Best giler. Gelak-gelak mcm nk mati, Aku tiba-tiba terlupakan dunia. Heheh.

Dan sekarang, aku dekat rumah. Duduk rilek2 menyantaikan jiwa. Indah.

Well. Hidup jangan tensen2.

( Psst : Buka hati untuk cinta baru )

Tuesday, September 14, 2010

RAYE dan PERIKSA

Assalamualaikum,


Semalam aku x stdy langsung. Sibuk beraya dan buat maksiat.

Hari ni ingat mcm  nk betaubat n mula stdy. Plan nak habiskan BIO volume one.

Mungkin ade org bosan bce blog ak yg x abes2 ckp pasal Trial. Sory la tapi mmg ni je yg ade dlm jiwa ak skrg.

Korang penah x tefikir kenapa aku sentiase risau tapi tak start2 stdy lagi. Sbb aku masih MALAS Omaigod.

Dah takde mase nak malas2 Tiara. Haish. tensen je lebey tapi belum mulakan usaha.

Aku pn xtau ape nk jadi.

Just wait  n see. Ni utk korg la. Utk aku : Sila Bekerja keras dan jangan malas-malas.

Aku nak jadik Vet!!! Kene la rajin sengal. Kalau malas-malas nnt x dapat baru kaw nk menyesal,,

Aku rase mcm nk lari laju2 dan jerit kuat2. Simptom apekah ini?

Kepada diriku sendiri : Sila kembali ke jln yg lurus! Kembali mencari cahaya dan hidayah Allah.

Aku dah jauh sesat.

Doakan aku. Amin,

Sunday, September 12, 2010

CeLaRu.

Assalamualaikum,

Trial betul2 tujuh hari lagi, One week more. Tapi aku masih blur2 dan agak blank. Omaigod.

Mulai mlm ni dlm tempoh setiap dua hari aku kene settlekan study untuk satu subjek secomplete-complete habis. Boleh ke?

Aku rasa mcm tak boleh. Oh tidak! Untuk trial ni aku mesti dptkn principle tuk semua dan A untuk Pengajian Am. Bio, Kimia ngn Math tu setakat lulus pn aku da besyukur gila.

Kata Encik MYZ. "Be strong,U can do it". hmm. kaw mmg sntiase je ckp u can do it dekat aku. tapi aku yg nak meletup melambung ni tak percaye dah dekat diri sendiri. aku rasa mcm nak culik kaw seminggu ni then paksa kaw ajar aku semua bende yg aku dah stdy berbalik-balik pn tak faham2 lagi, "In Your Dream Tiara!!" sedey gilos amek STPM sorg2. :(  kenapa xde org mcm kaw dekat fom6. arghhhhhh.

Budak2 ni sume ramai ajak aku dtg openhouse rumah diorg. Dlm hati aku mmg dah reject pn. Walaupun tgn aku gatal2 klik "will be attending" dekat invitation event diorg. Sory la aku tokleh dtg memeriahkan majlis2 kamu kerana otak aku perlu disumbat-sumbat setepu-tepunya dgn bende2 penting yg akn mempengaruhi seumur hidup aku.

Kalau difikir-fikirkan SPM dulu aku jauh lebih rajin dan semangat. dengan tuisyen bagai.padahal SPM dah tak berguna pun tuk aku skrg. now STPM, mmg tersangat-sangat penting. tapi kalau study then ter"stuck" dekat subtopik yg susah nk mati aku akn terus stop studying untuk sehari suntuk tu. tak tahu knp. aku mcm tensen gila. then aku akn rasa pening kepala mcm nk pecah. bijik mate aku sebelah kiri rasa mcm dicucuk-cucuk. hai, oke . Siapa yg kenekan ilmu hitam dekat aku ni??? oke2. takde sesiapa pun. saka aku sendiri kot.    

Saka? hoh. ni sume salah nenek moyang aku . (ampunkn cicit mu) dulu bela saka pastu nak mati tak buang. sekarang bende alah tu dtg dekat cucu cicit dye. heh. sib bek aku x byk. mak ak yg jd mangse. pn dah bace ayt2 tuk wat bende tu tebakar n lari. kaw fikir ape? mak aku rajin bace2 ngaji2 semua. aku? dah kureng beramal skrg. then ank mak aku bape org? bende tu lari nk pegi kat sape? arghhh.mcm siot.

oke oke oke. ni bukan salah sesiape atau salah mana2 jin dlm dunia ni. tapi salah aku senirik. aku mmg suka  berdrama. DRAMA? ye. sengaja nak study last minit untuk tengok aku berjaya settlekan tak? huh. walaupun berkali-kali tak berjaya tapi aku tetap mcm tu.

Semoga Tiara berjaya.
Amin.

   

Saturday, September 11, 2010

aku MACAM dah GILA

Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin.

Aku dah gila nk trial ni.
Tense dah mula hadir dan menghantui jiwa.
Mcm siot. Bilamula bace2. Rase tnsen then aku bnti,
Bila x stdy. Duk teringat je kt buku.

Rasa mcm x waras dah.

Oh STPM

Monday, September 6, 2010

F_O_K_U_S

Assalamualaikum,

skrg aku kene fokus betul2 pada trial.  jgn terleka dgn cuti TIARA!!!!

urghhhhh

Sunday, September 5, 2010

mood Raya? aku x.

assalamualaikum,

kenapa secara public aku mengekspresskan ke moody-an aku terhadap raya di sini? kerana aku dah bosan. raya RAYA raya RAYA raya RAYA. walaupun mak aku masih ada untuk aku peluk cium d pagi raya tapi banyak yg dah xde. (aku bersyukur kerana mak aku masih ada, alhamdulillah, Allah panjangkan umur mama)

Arwah Atok aku dah xde. mak cik aku pulak sedap2 robohkan rumah arwah atok aku menyebabkan ktorg dah xde kampung nak balik. (kg tu x hilang tapi nk blk rmh sape kalau rumah pusaka dah xde kan). memori kecik2 membesar dengan org tua itu membuatkan aku betul-betul terkesan bila musim2 raya begini. dia pergi juga dalam bulan Syawal tahun 2002.

teringat dulu. dialah yg tanam tiang2 yg berpaku untuk sangkut pelita. hari2 pasang pelita. aku yg isik minyak tanah. malam2 ktorg sepupu sepapat n jiran2 yg berumur sama2 muda seronok main mercun n bunga api, dialah yg membelinya. aku sayang atok aku. syg gila!! rinduuuuuuuu

setiap kali bila dia pergi bandar. mesti dia belikan aku pengorek pensel sepaket. alah. yg kale2 biru, merah n hijau, bentuk bulat, yg belakang dia ade cermin tu, dia mesti belikan. ak syg atok aku!!!

tahun lepas, aku menangis mcm nk mati mase ziarah kubur atok bersempena dgn hari raya. aku rindu sgt!! pagi2 raya bila org mula bertakbir . mak aku selalu ckp dia sedey n sayu dgr takbir raya. teringat dekat arwah nenek ngan atok. aku diam aje. buat2 xde perasaan. tapi dlm hati aku bernanah pilu seyh!

dulu, mase kecik2. aku mesti ikut atok pegi kedai. then. dgn x malunya. aku ckp " atok nak dua posen". dan tak pernah tak dapat. kwn2. mase tu dua posen mcm2 bole beli!. air Long Chan. ais krim , kopok. gula2. coklat. mcm2lah. tapi bukan beli semua tu. pilih lah. cukup tuk 1 bnde aje. tapi itulah atok aku. dye syg aku. aku  pn syg dia!!

mase dajah empat atau lima.(xsure)  beskal aku mcm byk hal.mase tu aku pakai beskal racing sekenhen yg mak aku beli. zaman tu mak aku pn x senang mcm skrg. skrg scooter pn mak aku belikn yg baru pnye tuk aku. dulu beskalpn sekenhen. tapi beskal racing lah. then. bila aku dah byk cekadak nak spray kale lain lah nak letak pemegang botol lah. mak ak  pn ikut je la kerenah ank tunggal x sedar diri ni. hantar kedai. spray. atok aku pn ikut mase tu dan secara surprisenye dia telah membelikan aku sebuah beskal baru!!  kale hijau. kilat2. boleh tongkat double stand.cantik! aku syg atok aku.

Arwah Haji Hashim bin Ahmad.
meninggal dunia pada 5 November 2002.
akibat kanser paru-paru.
(notes : dia dah berhenti merokok 30 tahun sebelum itu)

setelah ketiadaannya,.
aku jumpe dye pnye diary tahun 1996.
terdetak jantung ni bile terbaca satu mukasurat yg ditulis. "hari ni  isteriku Alizah meninggal dunia".
itu arwah nenek aku. tak sangka atok aku sebegitu romantik. aku syg atok!!!

masa mudanya. atok aku merupakan seorang polis Marin yg bekerja di Singapura.
mak aku juga membesar di Singapura. nenek aku aktif  dlm persatuan wanita dan belajar byk resepi sedap2.
buku resepinya masih ada dlm simpanan mak cik aku. aku sgt2 berperasaan pelik dan syahdu setiap kali
aku membelek2 buku itu page by page. aku kurang memori bersama nenek sbb dia dah pergi awal masa aku kecik sgt lagi, kalau tidak mesti kerinduan aku dah berdouble sekarang ni untuk atok plus nenek,

mak aku ialah anak kedua mereka.
dari situ. lahirlah aku. yg membawa byk harapan daripada Puan Norah dan Encik Hamim.

al-Fatihah untuk arwah atok Hashim bin Ahmad dan arwah nenek Alizah binti Baba.

aku rindu sgt.

Wednesday, September 1, 2010

It's September Baby!

Assalamualaikum,

Hari ini aku bangun dengan rasa terawang-awangan. Oh semalam Hari Merdeka, cuti satu hari aje. Makna yg  tersirat ialah hari ni merupakan hari persekolahan. Urgh!. Jadi. Seperti biasa, satu rutin yg telah  aku ulang-ulang selama 14 tahun benar-benar mengejutkan diri ini dari kelalok-an. Siraman air  pertama yg mencecah kulit dalam kedinginan hawa di pagi-pagi Subuh seolah-olah menyuntik satu semangat halus yg sangat catchy. Maka terlahirlah satu rasa yg sentiasa hadir pada setiap siraman pertama di pagi-pagi hari persekolahan.

Setelah berjaya menghasilkan kesan tapak kasut di bumi SMK Ledang aku teringat kembali yg semalam Hari Merdeka. Leher aku tertoleh comel kekiri dan kanan memerhatikan kaum sendiri yg bergelar Melayu elok-elok saja berada di tapak perhimpunan sekolah bersama orang-orang Tionghoa dan India. Ya. Inilah situasinya di setiap Sekolah Menengah Kebangsaan di seantero tanah air ini. Setelah  53 tahun merdeka kita still standing nampaknya.Baguslah.

Proses pengajaran dan pembelajaran tidak berjalan seperti biasa kerana tiada lagi yg "sepertibiasa" itu setelah masuk musim-masim peperiksaan begini. Tiada lagi hati yg tenang bila melangkah ke kelas yg dulunya hingar bingar dengan keriuhan senda tawa. Walau sekarang masih ada riuhnya tapi tidak seceria dahulu-kala. Guru-guru juga sama. Sudah mula siriyes, buat revision dan bincang pastyears. Ah. Perkara yg sama pastinya turut berlaku di sekolah2  lain pada musim-musim begini. Tiada lagi bunga-bunga di dalam hati dan muncul pula kerajinan yg tidak bertepi.

Jumaat ini.. TRIAL aku bermula. Masa untuk belajar tiba-tiba sudah tiba. Erk.

Comelnya dunia. Yang penuh dgn kepura-puraan dan kehenseman. Walaupun Trial dah dekat mcm mana aku boleh sempat utk duduk mengadap lektop begini. Selepas post ni mmg dah tak sempat lagi.

Oke,

PRAY FOR ME.
Amin,

Tuesday, August 31, 2010

BeLuM mErDeKa.!

assalamualaikum.

salam Kemerdekaan dan salam satu Malaysia buat kalian.
kepada warganegara yg berada di tanah air, apa khabar semangat patriotik mu pada hari ini?
kepada anak2 Malaysia yg jauh di perantauan, rindukah pada kibaran jalur gemilang?

semangat patriotik dan kenegaraan adalah sesuatu yg subjektif dan tak semua orang bangga jadi anak Malaysia. mengapa? kerana ada segelintir culprit yg tak pedulik dgn negara dan hanya akn concern bila ada bom jatuh kat ats bumbung rumah mereka saja. hanya akan pedulik bila hak kaum mereka ditindas. hanya baca akhbar utk cari berita sukan dan hiburan. ada pula yg tak peduli dgn apa2 selagi mereka boleh hidup mcm biasa. patriotik ke?

habis tu patriotik tu mcm mana? pasang jalur gemilang atas kereta? dgr lagu negaraku setiap hari sebelum tidur? pakai baju bendera? masuk kawad sempena perarakan Kemerdekaan? awak! jgn la extreme sgt!

aku sendiri pn tak boleh nk tafsirkan patriotik tu mcm mana. Tapi aku bersyukur sbb kita dah merdeka dan dpt hidup aman damai, harmoni walaupun tak berapa nak bersatu padu akibat ade yg sokong pembangkang dan ada yg sokong kerajaan. tak kisahlah anda sokong apa, itu hak peribadi. ade org nk kawin dgn perempuan down syndrom , xkan kita nk ckp dia gila? itu hak peribadi. yg penting jgn jadi keterlaluan. takda tempat utk ekstremis di Malaysia.

tapi.walau semerdeka manapun. aku belum merdeka lagi sehinggalah Disember nanti. jiwa ini sudah diikat tersimpul mati dgn satu peperiksaan. Sijil Tiggi Pelajaran Malaysia. patriotik sungguh namanya kan?

sekarang semangat nak TRIAL. cayok2. amin,

Thursday, August 26, 2010

For everything,, There is a season.

Assalamualaikum.

Life is not a stagnant pool, It's a running stream, Lots of things will come and go but sometimes the effect of something will haunt you for the rest  of your life!

Life is a one way street. No matter which door you take, none of them leads back. Experience is like a pen writing, you cannot erase it if you wrote wrongly, just can cancel it by making a line on it or use a liquid paper. No matter what you do, the stain remain.

In my life, this is the exam season. [ imtihan mode ].
I have lots of past years to do before my trial that start next week and will continue after the Raya holiday. well, Raya will not be as fun as it suppose to be lah kan. There are two volumes of Biology textbook and three volumes of chemistry textbook that I have to read word by word. OMG! plus eight sets of Maths pastyears for both paper one and two! and not to forget all those facts for Pengajian Am..

oke. it's tough. and will go on until the last paper of STPM this december.

I don't regret. This is my choice. I've sacrificed lots of opportunity for this 2010's STPM.

I wish I can get all principles with at least. two A's .
AMIN.

To friends and family. Sorry because I have to be selfish for this couple of months.
It's my future baby! Must work for it with all my heart and soul.

Pray for me.

Thanks.      

Wednesday, August 18, 2010

Another Day..

Assalamualaikum.

Ada berjuta-juta bauran emosi dalam hati aku skrg. Kenapa? Sebab trial tinggal sebulan je lagi dan STPM yg betul pulak x sampai 100 hari jek lagi. Wajarkah hati aku bertaman-taman di saat-saat begini?. Hai. Pengalaman menempuh UPSR. PMR dan SPM memang betul2 tak sama dgn yg satu ini. Tak dapat aku nak gambarkan gejolak ribuan rasa yg bagai diuli hingga sebati lantas menghasilkan satu rasa baru yg WOW!. rasa baru ini mencetuskan sedikit anjakan kerajinan yg  masih tidak cukup.

-masih belum sempurna-

Pemergian Encik MYZ ke Indonesia utk melanjutkan pelajaran membuatkan aku terfikirkan sesuatu. Dia dah mula bekerja untuk degreenya tapi aku masih lagi di bangku sekolah. oke. satu rasa rendah diri tiba-tiba dtg menghantui. ramai kwn2 ak semua dah start sem degree mereka sedangkan aku masih menseterika baju sekolah di awal2 pagi. tapi ini tahun akhir, menjadi pelajar yg paling tua di sekolah adalah satu pengalaman 
yg tak semua org berpeluang merasa. Indah sebenarnya.

aku dah mula nekad utk tinggalkan rumah selepas STPM. pergi buat seketika untuk mengejar Ijazah kemudian pulang semula ke pangkuan mak aku yg masih sihat wal afiat. 

Kitaran hidup yg aku susah nk terima dulu.
Kini aku mengharapkannya. semoga aku dpt 4P dan berjaya mendpt tmpt di mana-mana IPTA yg cemerlang utk satu  kos yg betul2 aku nak.

aku dah hilang sedikit lemak bersempena Ramadan al-Mubarak ni tapi aku mengharapkan penghilangan dosa sebenarmya. tak tahu lah. 

Semoga mak aku dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yg terbaik sepanjang hayat.
Semoga Encik MYZ berjaya mengejar apa yg dicari di sana.
Semoga aku dpt 4P utk trial dan 2A2B utk STPM nnt.

AMIN


Wednesday, August 11, 2010

Salam Sinar Ramadan



Diharap jika aku pernah menyakiti. Ampunkanlah. Sesungguhnya aku hanya manusia biasa.

Selamat Berpuasa + berterawih + bertadarus alQuran + berzikir + bersedekah + bertasbih.

Jangan lupa untuk sedekahkan bacaan Quran pada mereka yg sudah pergi dulu.
Datuk2 Nenek2 dan Moyang2 kita yg mengharap bantuan ank cucu cicit.

Jangan lupa juga utk mengampunkan dan memaafkan sesiapa sahaja yg prnah berdosa dgn kita.

BARIKILLA HUMA LANA FI SYAHRI RAMADAN

Sunday, July 11, 2010

Ahad yg keberapa?

assalamualaikum.

aku kurang pasti. hari ini ialah Ahad yg keberapa yg aku dah bazirkan begitu sahaja tanpa study dan buat homework. aku sekarang dah jadi pemalas gila. result aku teruk pun sebab aku tak baca apa2 dan tak study apa2. hai Tiara. ape nak jadi dgn kaw?? hancur2.

tapi. dari sudut yg lain. aku puas dgn hari ni. aku puas dgn ape yg aku dah buat. mkn tgh hari dgn kenyang dan sedap sebab mak aku masak. heheh. bukan selalu Cikgu Norah itu memasak lauk mkn tgh hari. akulah yg syok mkn ye. erm. pg td jugak aku edit reban kucing. elokkan tingkat yg aku baru tambah tu sbb sebelumnya mak aku ckp nmpk mcm serabut. sekarang dah nmpk kemas, yeay. lepastu tanam pokok morning glory dekat situ supaya nnt dye hidup memanjat reban. heheh. cantik! kan?then aku sempat jugak tukar air aquarium yg dah mcm kolam indah water tu. biar ikn2 tu rasa yg life is not a stagnant pool, it's a running stream! skrg airnye dah jadi crystal clear turqoise blue, cantik! kan? haa. terlupa. MUET aku band 4 sahaja. well. kurang pandai bertutur dalam BI. markah speaking hanya sekadar cukup mamam. erk. memalukan Cikgu Norah betul.

esok. nak beli tali dan loceng2 kecil dan mainan2 lagi. reban tu perlu diceriakan lagi. untuk Miyu-miyu tersayang yg omel-omel semuanya. 3 eko dah diambil org. skrg tnggal 15. dah takde org nak. xpelah. aku mampu kot kalau seramai tu. tp jgn membiak lg sudeh. huu. td aku berjaya selamatkan Si Lembik yg baru hendak dirogol oleh Encik Bubu. ye. selamat. betina muda tu sekarang dah pandai miang2. aish. tak boleh jadi. mati aku kalau dye pulak mengandung. erm. minggu depan aku nak mandulkan Neneng setelah dye mengandung dan beranak sebanyak 3 kali. oke kan? tak de la kejam kot.

magrib tadi. aku bace buku doa yg aku bace setiap hari mase form1 sampai form3 dulu. dah lama sgt tak baca buku tu. rindu dgn doa2nya. nak amalkan semula lah.

lupe lagi. kamis haritu scoot aku pancit tayar belakang. semalam baru g repair. upenye tyr dye yg dah rosak. bkn tiub bocor ke hape. ganti tayar. melayang duit Cikgu Norah RM60. lalala. akulah anak yg asek menghabiskan duit emaknye. sian mak aku. tadi. abah bagi RM20 untuk betry henset aku yg dah  rosak tu.(aku ase hrge betry lebih kot dr RM20. heheh) beli betry baru! bila? esok  kot. dah berbulan2 xde henfon. oke je hidup. x mati dan tak sunyi. tapi susah nak berkomunikasi siket. henfon skrg bkn lagi untuk hiburan atau mesej2 kapel tapi satu medium komunikasi yg diperlukan (xde la pnting sgt kalau kaw ade facebuk dan telefon rmh mcm aku). tapi knp ak nk pegi jugak beli betry baru?? sbb ak rindu dgn kemre henset. rindu nk amek gmbo n wat video. hahah! itu hiburan lah Tiara.. aisey.

erm. nampak kan? yg semangat aku untuk hidup dah ter-rekindle semula. alhamdulillah.

nikmati setiap saat, detik dan hari. jgn terlalu pandang ke belakang sampai tersungkur di jalanan tapi jangan pula ter-asyik masyuk pandang ke depan sampai tak nampak benda-benda indah di depan mata. hujung pelangi kalau dikejar manakan dapat. busuknya tahi lama-lama hilanglah juga. sila fikir-fikirkan.

sebagai manusia biasa. kita. IMPERFECT.

Thursday, July 8, 2010

teruk

assalamualaikum,

aku tak tahu la mcm mana nak expresskn diri ak skrg ni.

rasa mcm teruk. hancur. ruined.

mcm hangus , lebur. destroyed,

entah,

celaru. tensen. byk probs.

mcm nak gila. mcm nak pengsan. mcm nak lari dari keadaan.

rasa mcm teruk sgt.


sedey. kecewa. frust. losing hope.

STPM mcm x menjanjikan apa2. aku mcm x mampu.

hancur lebur.

ape yg aku buat skrg? mcm xdehasil. mcm kerja bodoh, mcm buang masa.
mcm menggelapkan masadepan sendiri.

aku mcm dah. "lantaklah ape nak jadi, aku buat yg termampu je"

mak aku. aku kecewakan. sory mama.

aku mmg x guna. selfish. bodo. sengal. gila. malas.

aku xde value dah. bongek.

hancus. sadis.

aku bukan sape2 lg. mcm sampah. mcm taik. menyusahkan org.

aku menyusahkan mak aku.

aku tak abes2 menyusahkan mak aku.

aku sedey.


mak ak pn x bpe sihat ag dah. tp ak. x abes2 menyusahkn. ank x gune.

aku bodo.

Wednesday, June 30, 2010

fasa paling susah dalam hidup.

aku tgh susah skrg. susah yg ini bukan bermakna miskin atau tak de duit utk melangsungkn hidup.

tapi.

keadaan aku sendiri yg menekan jiwa sehari-hari. siapa tak tertekan kalau public exam cuma 4 bulan saja lagi tapi masih gagal untuk 3 subjek paling penting. bukan kerana bodoh tapi kerana malas. so jadilah rajin. masalahnya otak dah beku pulak. dah 2 tahun x study dan struggle sehabis-habisnya. last sekali utk SPM  2008. huh, ak sedang cuba merajinkn diri tapi itu pun susah. oke. cakaplah ! ckp! kaw nk ckp xde ape yg sng dlm dunia kn? kann?? mmg. tp untuk asah otak yg dah bekarat dgn kelembapan dan dosa, susahnya tak terkata. masa depan aku. mcm mana aku boleh tak susah hati. mak aku ank dye sorang aje. STPM ni je lah yg tinggal utk ak. x payah fikir lg pasal bende2 yg ak dah tolak dan tinggalkan lama dulu. tak payah!! skrg pndg depan. STPM 4 bulan je lg. dah la subjek2 dye tough nak mati. aku pulak syok2 tiap2 malam tgk StarMovie or HBO. pastu ngantuk. then tido. study?? esok kan ada.well. procastination is the thief of time. hancur rezult Mid Year Exam aku. mase depan belum hancur. jadi sila berubah Tiara.

lagi,

aku dah mula tertekan dgn STPM ni sejak last year lagi. bila tensen. I can't stop eating! so. sehingga ke hari ini. secara rasminya. berat aku dah naik 17kg!! relaks?? owh. teruk betul . otak dan pemikiran aku mcm nk meletup memikirkn keadaan diri yg hancur berkecai nih. T-shirt dah x muat. seluar x muat. duduk rmh pakai kain batik aje yg selesa. lain semua KETAT. sedeyh betul. tgk cermin. sakit hati. aku ke tu? nape cm lain sgt. boleh imagine x brt kaw naik 17kg dlm 2 tahun? sume org yg dh lme x jmpe ak. tbe2 terserempak kt mne2. tekejut mcm nk pengsan. Tiara?? oke oke oke. mmg Tiara + 17 "tut"

kene repair.

kucing-kucing aku pulak semakin hari semakin ramai. aku pun x tahu nk buat ape. skrg dah 18 ekor. bukan aku x sayang tapi aku pun menumpang je kt skola ni kn. byk pihak2 berkuasa yg kompelin. kalau rmh aku sendiri. lg byk lg ak suke.

aku ade 3 masalah besar.

BESARRRRRRRRRRRRRRRR PUNYE!!!!

yg buatkan ak xnk mulakan hidup pd setiap pagi hari.
yg buatkan ak x senang terlena pada setiap malam

aku tgh susah skrg!.

kwn2 hilang pergi mengejar masa depan masing2. ak dah xde value. buat ape diorg nk tolong. kan?

susah. semoga hujungnya nanti membuatkan ak tersenyum sendiri.

Friday, June 25, 2010

dokter tiara? [ part 2 ]

assalamualaikum.

ini adalah kesinambungan daripada post tahun lepas. [ klik sini kalau nk baca semula ]

oke.

ini merupakan faktor kementahan umur. mungkin dah ramai yg tahu aku berada dekat mana sekarang dan apa yg sedang aku usahakan, tapi x banyak yg tahu apa yg aku mahu (nak sangat2!!!!) temui di hujung jalan nanti.

ia bermula dari satu naluri.

masa tingkatan lima dulu aku belajar dgn iltizam untuk buat degree medic dekat UK under JPA.
entah. aku betul2 gilakan bende tu dulu. dah ade contact2 dgn akak2 yg ada dekat sana. abg2 yg scholar JPA ke negara2 lain pn abes aku tanya mcm2. well. inilah yg dikatakan ukur baju tidak di badan sendiri ye sayang, semangat berkobar-kobar sedangkan aku tak selalu pun baca buku BIO. percaya x? sehingga SPM pn aku tidak pernah baca dgn teliti walau sehelai pun bab BIO yg tulang2 tu. BETUL. so aku end up dgn hanya A2. melayanglah cita-cita yg tak semenggah tadi.

tapi. aku rasa sekarang aku dah dewasa. dan boleh berfikir dgn agak logik dan praktikal. kalau kematangan itu belum cukup pun mungkin magnitudenya lebih tinggi dari dulu. mungkin juga tidak? tapi aku rasa YA.

so. kalau kalian tanya apa cita-cita aku sekarang? jawapannya ialah. Veterinarian atau dalam bahasa germannya Dokter Haiwan Yang Berjaya.

ini aku cungkil dari pemikiran aku berdasarkan minat dan kasih syg yg mendalam terhadap mereka.

aku dah tutup kamus cita-cita. tak boleh carik yg lain untuk tukar-tukar lagi. amin.semoga tercapai.
nak tahu x? cita-cita pertama aku ialah Konduktor Bas. kalau ade yg x tahu. konduktor bas tu org yg akn dtg dekat kita kat ats bas untuk minta tambang dan beri tiket, tapi sekarang dah kurang. kebanyakkan bas dah pakai mesin je. dah maju!

 itulah cita2 pertama aku. menyedihkan? bagi aku tidak. sebab obviously aku masih kanak-kanak masa tu, mungkin masa kecik2 kalau org tanya dah besar nak jadi apa? kalian jawab "dokter!" "polis!" kan? tapi aku nk jd konduktor bus. x ramai yg tahu. haha. tapi mak aku tau. mungkin sebab dulu kami susah. xde kereta dan selalu naik bas. aku selalu observe yg konduktor bas bawak satu papan tiket yg ada pelbagai warna.  dan dapat banyak duit syiling. haha, itu minat aku pada masa tu.

tapi sekarang. aku berpegang pd cita-cita baru untuk menjadi seorang Vet. sebab aku tengok Vet berkerja dgn makhluk2 comel yg ada pelbagai warna dan species. dan dapat banyak duit kertas. haha. ini minat aku sekarang.


so. 


now. aku sedang mempersiapkan diri untuk layak melanjutkan pengajian ke Fakulti Perubatan Veterinar UPM. nak masuk pakai rezult STPM 2010 yg bagus. syarat dia kena dapat B bio dan  lulus Kimia masa SPM. syarat minimum. tapi sebab competition aku nak dptkn A untuk BI0 untuk menyelamatkan diri dari dilelong ke kos2 yg tidak diminati. secara amnya aku nak dptkn A untuk BIO dan PA serta B untuk Math dan Kimia. so 2A2B. amin.


result MUET keluar mggu dpn. aku x pernah cerita pasal MUET dekat sini rasanya, target aku = band 4. tapi kalau bernasib baik mungkin terrrdpt band 5. atau malang tidak berbau terrrdpt band 3 pulaks. xbole2. mesti at least kene dpt band 4. amin, MUET boleh bantu kot utk UPU nnt.

oke

sekarang kena kerja keras!



Monday, June 14, 2010

dan siapa? yg memusnahkan impian.

Assalamualaikum.

IMPIAN

pagi itu hambar. dia bangun dengan hati yg tidak mahu hidup. pagi masih redup dan matahari masih malu-malu melimpahkan sinarnya. bumi yg sudah 52 tahun merdeka itu menjadi saksi kepada hancurnya sebuah impian, cita-cita dan harapan.

AKHIR JULAI 2009

berdebar-debar rasa hati. namun kaki dipaksa juga untuk melangkah. demi satu impian yg dapat menenangkan hati dan jiwanya. dia bukan saja-saja melakukan ini. dia membuat keputusan ini dalam himpitan rasa dan seksaan jiwa yg tidak bertepi. sedih. sayang. mengecewakan. itu saja yg org ramai boleh kata. namun tuan empunya diri sgt yakin dgn apa yg dilakukannya. sgt percaya yg dengan jalan baru itu dia juga boleh berjaya. walau org lain ragu-ragu. walau ibunya sendiri putus harapan dan kawan-kawan sibuk mengingatkan yg jalan baru itu amatlah menyesatkan serta dia tidaklah secerdik mana untuk terselamat dari dugaan itu.

GILA

seorang gadis bertuah, dengan keputusan SPM A lurus (straight A) yg masa depannya cerah teramat-amat sangat bila diterima masuk ke Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dengan tajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk kos Bioteknologi. JPA berjanji. dan kontrak telah disign untuk tajaan hingga tamat Ijazah Pertama di UIA kampus Kuantan nnt. (mmg superb) tapi. setelah 2 bulan di ambang kemegahan. kerana dia gila. dan terlalu obses dgn emaknya, kucing-kucingnya dan aroma rumahnya dia lepaskan semua itu. untuk duduk rumah. dan mendaftar masuk ke Tingkatan Enam aliran sains yg susahnya tak tergambar dek kata-kata, di situ, tak lulus ialah perkara biasa dan kerajinan amat perlu, (sedangkan dia pemalas tegar)

KINI

setelah 10 bulan membodohkan diri dalam dilema penyesalan. dia terfikirkan sesuatu yang tidak logik. apa? masuk Universiti untuk Ijazah dgn menggunakan keputusan STPM 2010. dia sgt2 mengharapkannya walau hati, jiwa dan mindanya sedar yg perkara itu tidak masuk akal! yalah. ape pulak tidak, untuk peperiksaan pertengahan tahun Mei lepas dia cuma lulus untuk 1 subjek sahaja iaitu Pengajian Am, seperti biasa, dia gagal dlm Methematics T, Chemistry dan Biology. jadi untuk masuk U mmg xlogik.

USAHA.

ini kisah benar. dan budak perempuan itu sekarang dah tak pedulik dgn apa-apa lagi. hanya satu azamnya. berusaha dengan semua kudrat yg ada, selagi terdaya. selagi belum tiba saatnya dia duduk terhenyak di atas kerusi dewan peperiksaan. dia akan cuba memaksa diri menghitung fakta-fakta dan mencongak formula-formula yg ada, tanpa sebarang tuisyen. dia sekarang benar-benar di atas kakinya sendiri. inilah perit yg patut dibayar akibat daripada menolak tuah dan rezeki Tuhan.

ingat.
PRIDE COMES BEFORE A FALL.
tapi.
IT'S NOT THE FALL THAT KILLS YOU, IT'S THE SUDDEN STOP AT THE END.


MIMPI

jauh tersasar dari realiti. dia budak tingkatan enam yg pemalas dan leka dgn kenikmatan internet dan Astro. hidupnya sehari-hari sibuk menguruskan kucing-kucing dan bersantai-santai membuang masa, keputusan peperiksaannya juga amat mengecewakan. itu realiti. tapi ini pula MIMPI. menjadi pandai. genius dan cemerlang di sekolah, lulus semua subjek with flying colours untuk STPM 2010 dan masuk U untuk kos yg boleh bagi dia pekerjaan yg disenanginya, kerja yg bila dia bekerja setiap hari. dia tak rasa mcm pergi kerja sbb dia begitu seronok melakukannya walau serutin manapun. dgn pendapatan yg mengeluarkan dia dari kelompok miskin atau miskin tegar, itu sudah cukup, gaji yg boleh bagi dia makan kenyang dan menyumbang sedikit kepada emaknya sebagai hadiah bulanan. itu sudah bagus, berkahwin dan beranak belum masuk book lagi sekarang.

CUMA ADA SATU JALAN
kerja keras! masa masih ada tapi ingat. the clock is ticking. tak pernah berhenti. kejarlah. usaha. doa. tawakal. Insya ALLAH, bersihkan diri dari dosa dan maksiat. jaga pertuturan dan tingkah laku, habiskan bulan-bulan akhir menuju november ini dengan kerajinan bersulamkan keimanan. aurat kena jaga, bab aurat ni dia seakan leka dan alpa. habis ditayang-tayangkan segala. astaghfirullah, jalan taubat terbuka luas. sembahyang jangan tinggal. mengajilah sekerap mungkin dan kalau ada masa senggang buatlah solat hajat, walau Tuhan dah tahu ape MIMPI itu. tapi sebagai hambanya kita jangan bongkak. kena juga mintak, semoga cinta pada-Nya subur kembali di hati yg hitam bertar dosa.

Ya Allah. bagi aku masa depan yg tidak membuatkan mak aku menangis lagi.

Sunday, June 13, 2010

seminggu sudah!

assalamualaikum,

dah seminggu bercuti.

dpt semangat nk kurus,

dpt lepak ngn kwn lame. yg dah berubah (xbest). tp ade yg x berubah, (masih gila cm aku) best

dpt jln2 ngn mama ngn abah.

tp STPM masih menghantui. (benci)

oke.
jatuh cinta dgn Ahmad Shahir Zawawi. (OMG)



Saturday, June 12, 2010

run FATGIRL run!!


assalamualaikum,

oke, I've found the solution of my "overweight" problem.

1) makan sayur sahaja dan sedikit lauk. no nasik, no roti. ( by ZawiR)
2) buat sit up 100x sehari ( by Zul )
3) joging 1 hour daily ( by the success of Aizat the singer)

heheh. actually yg nombo satu tu aritu ak dah try, dlm 2 mggu, tp akhirnye kecundang dgn nafsu mkn yg serakah nk mati, hohoh.

yg nombo 2 tu ak maleh cket, sbb ble buat nnt perut rase cm lenguh2 (oke hanya alasan)

yg nombo 3 pulak, hai. kalau tgh cuti mcm sekarang ni boleh la dilakukan daily. tp kalau ari2 biase nk terpengsan aku dibuatnye nnt. xpe,aku cuba.

mesti sume pelik.

pehal lah dak Tiara ni nk kurus sgt. hello! aku bkn nk kurus "SGT" tapi juz nk jadik normal, heheh. xmo jadik nemok ssh gila nk cari baju, seluar. dan boyfren. (oke boyfren itu hanya gurauan) hahaha. dlm hati ak dah ade 1 manusia duduk sejak lame dulu dan x keluar2 so boyfren x perlu, oke,susah nk cari baju dan seluar sahaja,

skrg ak aim nk buang. menghapuskan. melupuskan dan meng"get out!"kan 10% lemak daripada my current weight which is 7.4kg, kite bundarkn ye, heheh, 7 kg!!!

jadik 74-7 = 67kg!

cayok! aja-aja fighting.




obviously bukan ak.
heheh. saje.
perempuan sexy.
ak ase dye x pakai baju kot.
jgn tgk lame2 bang!