Sunday, September 19, 2010

Waktu menginjak pergi.

Assalamualaikum.

Berapa kalikah terdetik kata-kata sebegini dlm hati kalian? "Dia nampak dah tua sgt", "Dah besar dah budak ni".

Masa berlalu tanpa menghiraukan kita. Suka atau tidak setiap perkara ada akhirnya. Setiap yg baru akn  menjadi season juga. Cinta yg tiada akhirnya pasti akn dilupakan jua bila sang pencinta mati dan meninggalkan dunia.

Setiap bayi yg melupakan uri-nya akan membesar dan menjurus ke liang lahad juga. Detik-detik jam sebenarnya mengingatkan kita betapa ajal makin dekat, saat demi saat.

Jika dulu aku hanyalah seorang budak perempuan yang sengal-sengal dan kecewa dgn nasib diri. Tapi kini tidak lagi. Hidup nampak terang benderang dengan masa depan yg masih jauh. Ada perkara-perkara yg hendak dikejar dan banyak yg perlu ditinggalkan.

Ada satu peperiksaan besar yg akn menentukan segalanya. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 2010.
With minimum target and maximum effort menuju STPM dgn sepenuh jiwa. Aku tahu peluang lebih cerah dgn keputusan STPM "kalau lulus". tapi untuk lulus bukan senang-senang. perlu kerja keras. perlu bersengkang mata. Memang dah terpaksa.

Mahalnya harga masa depan tak dapat dibeli dgn kelalaian, aku kena betul2 menginginkannya dan berusaha sehabis daya. Entah mampu entahkan tidak , aku tak dapat gerenti tapi hasrat hati tak goncang lagi. Dah firm untuk bertungkus-lumus seada tenaga dan selagi ada waktu.

Dunia tak tunggu kita. Berputar patuh pada paksinya hanya manusia yg mabuk sendirian, alpa dgn peredaran zaman.




Ini "MEL". Cinta hati aku yg  terbaru. Ini dulu. Sekarang dia dah besar tiga kali ganda.Well. Masa berlalu.





Nak kongsi reban kucing ak dgn kalian. Kalau sudi. Boleh play video.







merekalah teman aku sehari-hari selama aku di fom six ni. teman yg comel dan memuaskan jiwa.
sekarang cuma tinggal lima. banyak yg dah pergi ke alam lain dan terdapat juga yg dah pindah ke area lain.


sekian.

Saturday, September 18, 2010

betul2 TRIAL.

Assalamualaikum.

Skrg mmg kene focus pada Trial.

Nak principle tuk sume. k.

Lantak la xde org view blog ak or status turun ke.

TRIAL dulu. yg lain ltk tepi. sekian,

_Rintihan budak tak study habes lg_

Thursday, September 16, 2010

Keluar Dari Kepompong.

Assalamualaikum.

Lega sangat! Aku tiba-tiba rasa mcm terkeluar dari satu hijab yg ghaib. Banyak benda berlaku minggu ni. Dan akhirnye semua kekusutan terungkai sendiri.

Pagi Selasa hari tu, 5 Syawal @ nama glamernya hari raya ke-5, Pak Ngah aku meninggal dunia. Innalillahiwainnailaihirojiun. Al-Fatihah buat Allahyarham Zakaria bin Husain. Terbayang-bayang di mata saat aku berbual-bual dengannya masa Hari Raya pertama hari tu. Tapi masa tu arwah mmg nampak sugul dan lain macam. Ajalnya dah tiba. Dan tiada siapa boleh meneka.

Itu satu perkara. Banyak lagi benda lain sebenarnya.

Ada seorg manusia yg selalu dtg menjenguk hati aku. Tak tahu kenapa. Aku pn bukan suka sgt dgn dia. Perangai tak senonoh mane. Tak hensem mana pun.Tapi aku mcm addicted. Wah. Haha, Tapi minggu ni minda aku terbuka untuk mengeluarkan bayang-bayangnya dari hidup aku. Get Out Of My Life!!

Baru petang tadi. Aku g jln2 raye dgn kwn2 sekolah rendah lama dulu. Mmg lama sgt x jumpe n jln2 sesame. Best giler. Gelak-gelak mcm nk mati, Aku tiba-tiba terlupakan dunia. Heheh.

Dan sekarang, aku dekat rumah. Duduk rilek2 menyantaikan jiwa. Indah.

Well. Hidup jangan tensen2.

( Psst : Buka hati untuk cinta baru )

Tuesday, September 14, 2010

RAYE dan PERIKSA

Assalamualaikum,


Semalam aku x stdy langsung. Sibuk beraya dan buat maksiat.

Hari ni ingat mcm  nk betaubat n mula stdy. Plan nak habiskan BIO volume one.

Mungkin ade org bosan bce blog ak yg x abes2 ckp pasal Trial. Sory la tapi mmg ni je yg ade dlm jiwa ak skrg.

Korang penah x tefikir kenapa aku sentiase risau tapi tak start2 stdy lagi. Sbb aku masih MALAS Omaigod.

Dah takde mase nak malas2 Tiara. Haish. tensen je lebey tapi belum mulakan usaha.

Aku pn xtau ape nk jadi.

Just wait  n see. Ni utk korg la. Utk aku : Sila Bekerja keras dan jangan malas-malas.

Aku nak jadik Vet!!! Kene la rajin sengal. Kalau malas-malas nnt x dapat baru kaw nk menyesal,,

Aku rase mcm nk lari laju2 dan jerit kuat2. Simptom apekah ini?

Kepada diriku sendiri : Sila kembali ke jln yg lurus! Kembali mencari cahaya dan hidayah Allah.

Aku dah jauh sesat.

Doakan aku. Amin,

Sunday, September 12, 2010

CeLaRu.

Assalamualaikum,

Trial betul2 tujuh hari lagi, One week more. Tapi aku masih blur2 dan agak blank. Omaigod.

Mulai mlm ni dlm tempoh setiap dua hari aku kene settlekan study untuk satu subjek secomplete-complete habis. Boleh ke?

Aku rasa mcm tak boleh. Oh tidak! Untuk trial ni aku mesti dptkn principle tuk semua dan A untuk Pengajian Am. Bio, Kimia ngn Math tu setakat lulus pn aku da besyukur gila.

Kata Encik MYZ. "Be strong,U can do it". hmm. kaw mmg sntiase je ckp u can do it dekat aku. tapi aku yg nak meletup melambung ni tak percaye dah dekat diri sendiri. aku rasa mcm nak culik kaw seminggu ni then paksa kaw ajar aku semua bende yg aku dah stdy berbalik-balik pn tak faham2 lagi, "In Your Dream Tiara!!" sedey gilos amek STPM sorg2. :(  kenapa xde org mcm kaw dekat fom6. arghhhhhh.

Budak2 ni sume ramai ajak aku dtg openhouse rumah diorg. Dlm hati aku mmg dah reject pn. Walaupun tgn aku gatal2 klik "will be attending" dekat invitation event diorg. Sory la aku tokleh dtg memeriahkan majlis2 kamu kerana otak aku perlu disumbat-sumbat setepu-tepunya dgn bende2 penting yg akn mempengaruhi seumur hidup aku.

Kalau difikir-fikirkan SPM dulu aku jauh lebih rajin dan semangat. dengan tuisyen bagai.padahal SPM dah tak berguna pun tuk aku skrg. now STPM, mmg tersangat-sangat penting. tapi kalau study then ter"stuck" dekat subtopik yg susah nk mati aku akn terus stop studying untuk sehari suntuk tu. tak tahu knp. aku mcm tensen gila. then aku akn rasa pening kepala mcm nk pecah. bijik mate aku sebelah kiri rasa mcm dicucuk-cucuk. hai, oke . Siapa yg kenekan ilmu hitam dekat aku ni??? oke2. takde sesiapa pun. saka aku sendiri kot.    

Saka? hoh. ni sume salah nenek moyang aku . (ampunkn cicit mu) dulu bela saka pastu nak mati tak buang. sekarang bende alah tu dtg dekat cucu cicit dye. heh. sib bek aku x byk. mak ak yg jd mangse. pn dah bace ayt2 tuk wat bende tu tebakar n lari. kaw fikir ape? mak aku rajin bace2 ngaji2 semua. aku? dah kureng beramal skrg. then ank mak aku bape org? bende tu lari nk pegi kat sape? arghhh.mcm siot.

oke oke oke. ni bukan salah sesiape atau salah mana2 jin dlm dunia ni. tapi salah aku senirik. aku mmg suka  berdrama. DRAMA? ye. sengaja nak study last minit untuk tengok aku berjaya settlekan tak? huh. walaupun berkali-kali tak berjaya tapi aku tetap mcm tu.

Semoga Tiara berjaya.
Amin.

   

Saturday, September 11, 2010

aku MACAM dah GILA

Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin.

Aku dah gila nk trial ni.
Tense dah mula hadir dan menghantui jiwa.
Mcm siot. Bilamula bace2. Rase tnsen then aku bnti,
Bila x stdy. Duk teringat je kt buku.

Rasa mcm x waras dah.

Oh STPM

Monday, September 6, 2010

F_O_K_U_S

Assalamualaikum,

skrg aku kene fokus betul2 pada trial.  jgn terleka dgn cuti TIARA!!!!

urghhhhh

Sunday, September 5, 2010

mood Raya? aku x.

assalamualaikum,

kenapa secara public aku mengekspresskan ke moody-an aku terhadap raya di sini? kerana aku dah bosan. raya RAYA raya RAYA raya RAYA. walaupun mak aku masih ada untuk aku peluk cium d pagi raya tapi banyak yg dah xde. (aku bersyukur kerana mak aku masih ada, alhamdulillah, Allah panjangkan umur mama)

Arwah Atok aku dah xde. mak cik aku pulak sedap2 robohkan rumah arwah atok aku menyebabkan ktorg dah xde kampung nak balik. (kg tu x hilang tapi nk blk rmh sape kalau rumah pusaka dah xde kan). memori kecik2 membesar dengan org tua itu membuatkan aku betul-betul terkesan bila musim2 raya begini. dia pergi juga dalam bulan Syawal tahun 2002.

teringat dulu. dialah yg tanam tiang2 yg berpaku untuk sangkut pelita. hari2 pasang pelita. aku yg isik minyak tanah. malam2 ktorg sepupu sepapat n jiran2 yg berumur sama2 muda seronok main mercun n bunga api, dialah yg membelinya. aku sayang atok aku. syg gila!! rinduuuuuuuu

setiap kali bila dia pergi bandar. mesti dia belikan aku pengorek pensel sepaket. alah. yg kale2 biru, merah n hijau, bentuk bulat, yg belakang dia ade cermin tu, dia mesti belikan. ak syg atok aku!!!

tahun lepas, aku menangis mcm nk mati mase ziarah kubur atok bersempena dgn hari raya. aku rindu sgt!! pagi2 raya bila org mula bertakbir . mak aku selalu ckp dia sedey n sayu dgr takbir raya. teringat dekat arwah nenek ngan atok. aku diam aje. buat2 xde perasaan. tapi dlm hati aku bernanah pilu seyh!

dulu, mase kecik2. aku mesti ikut atok pegi kedai. then. dgn x malunya. aku ckp " atok nak dua posen". dan tak pernah tak dapat. kwn2. mase tu dua posen mcm2 bole beli!. air Long Chan. ais krim , kopok. gula2. coklat. mcm2lah. tapi bukan beli semua tu. pilih lah. cukup tuk 1 bnde aje. tapi itulah atok aku. dye syg aku. aku  pn syg dia!!

mase dajah empat atau lima.(xsure)  beskal aku mcm byk hal.mase tu aku pakai beskal racing sekenhen yg mak aku beli. zaman tu mak aku pn x senang mcm skrg. skrg scooter pn mak aku belikn yg baru pnye tuk aku. dulu beskalpn sekenhen. tapi beskal racing lah. then. bila aku dah byk cekadak nak spray kale lain lah nak letak pemegang botol lah. mak ak  pn ikut je la kerenah ank tunggal x sedar diri ni. hantar kedai. spray. atok aku pn ikut mase tu dan secara surprisenye dia telah membelikan aku sebuah beskal baru!!  kale hijau. kilat2. boleh tongkat double stand.cantik! aku syg atok aku.

Arwah Haji Hashim bin Ahmad.
meninggal dunia pada 5 November 2002.
akibat kanser paru-paru.
(notes : dia dah berhenti merokok 30 tahun sebelum itu)

setelah ketiadaannya,.
aku jumpe dye pnye diary tahun 1996.
terdetak jantung ni bile terbaca satu mukasurat yg ditulis. "hari ni  isteriku Alizah meninggal dunia".
itu arwah nenek aku. tak sangka atok aku sebegitu romantik. aku syg atok!!!

masa mudanya. atok aku merupakan seorang polis Marin yg bekerja di Singapura.
mak aku juga membesar di Singapura. nenek aku aktif  dlm persatuan wanita dan belajar byk resepi sedap2.
buku resepinya masih ada dlm simpanan mak cik aku. aku sgt2 berperasaan pelik dan syahdu setiap kali
aku membelek2 buku itu page by page. aku kurang memori bersama nenek sbb dia dah pergi awal masa aku kecik sgt lagi, kalau tidak mesti kerinduan aku dah berdouble sekarang ni untuk atok plus nenek,

mak aku ialah anak kedua mereka.
dari situ. lahirlah aku. yg membawa byk harapan daripada Puan Norah dan Encik Hamim.

al-Fatihah untuk arwah atok Hashim bin Ahmad dan arwah nenek Alizah binti Baba.

aku rindu sgt.

Wednesday, September 1, 2010

It's September Baby!

Assalamualaikum,

Hari ini aku bangun dengan rasa terawang-awangan. Oh semalam Hari Merdeka, cuti satu hari aje. Makna yg  tersirat ialah hari ni merupakan hari persekolahan. Urgh!. Jadi. Seperti biasa, satu rutin yg telah  aku ulang-ulang selama 14 tahun benar-benar mengejutkan diri ini dari kelalok-an. Siraman air  pertama yg mencecah kulit dalam kedinginan hawa di pagi-pagi Subuh seolah-olah menyuntik satu semangat halus yg sangat catchy. Maka terlahirlah satu rasa yg sentiasa hadir pada setiap siraman pertama di pagi-pagi hari persekolahan.

Setelah berjaya menghasilkan kesan tapak kasut di bumi SMK Ledang aku teringat kembali yg semalam Hari Merdeka. Leher aku tertoleh comel kekiri dan kanan memerhatikan kaum sendiri yg bergelar Melayu elok-elok saja berada di tapak perhimpunan sekolah bersama orang-orang Tionghoa dan India. Ya. Inilah situasinya di setiap Sekolah Menengah Kebangsaan di seantero tanah air ini. Setelah  53 tahun merdeka kita still standing nampaknya.Baguslah.

Proses pengajaran dan pembelajaran tidak berjalan seperti biasa kerana tiada lagi yg "sepertibiasa" itu setelah masuk musim-masim peperiksaan begini. Tiada lagi hati yg tenang bila melangkah ke kelas yg dulunya hingar bingar dengan keriuhan senda tawa. Walau sekarang masih ada riuhnya tapi tidak seceria dahulu-kala. Guru-guru juga sama. Sudah mula siriyes, buat revision dan bincang pastyears. Ah. Perkara yg sama pastinya turut berlaku di sekolah2  lain pada musim-musim begini. Tiada lagi bunga-bunga di dalam hati dan muncul pula kerajinan yg tidak bertepi.

Jumaat ini.. TRIAL aku bermula. Masa untuk belajar tiba-tiba sudah tiba. Erk.

Comelnya dunia. Yang penuh dgn kepura-puraan dan kehenseman. Walaupun Trial dah dekat mcm mana aku boleh sempat utk duduk mengadap lektop begini. Selepas post ni mmg dah tak sempat lagi.

Oke,

PRAY FOR ME.
Amin,