Lama. Lama sungguh aku merajuk dgn blog ni. Entah kenapa. Aku dah x berapa ingin utk mengupdate perasaan di sini. Malu, Mungkin malu. Entah pada siapa, Bukan ada yg suka baca pun, :)
Mencerna diri. Aku dah berfikir dgn cara lain skrg. Sesuatu berlaku pd aku. Benda yg sgt besar. Allah menunjukkan kuasaNya. Dan akhirnya aku belajar dan sedar mcm2 perkara. Ketahuilah. Kadang kala kita terlanjur dalam bersangka-sangka, juga dalam mengekspresikan rasa. Dan akhirnya, melakukan kesilapan yg paling besar dlm dunia.
Aku yg gagal, Sejak 2009. Sejak benda itu berlaku. Alah. Benda kerja bodoh tu. Alah. Semua org tahu kot. HAHA, sejak peristiwa ini . Aku mmg telah gagal. Aku jadik gila, Aku jadik stress Ak jadik sengal dan menyusahkan ibubapa. Aku x menjadik! semuanya gara2 taknak dgr ckp mak aku. Sungguh. Inilah punca segalanya. Alhamdulillah aku sedar, sebelum semuanya terlambat.
2012. segalanya mencerah. Kesuraman semalam hilang merekah. Nasib baik aku sedar pd akhir 2011 haritu. Di saat perit aku bernazar. Mase tu ak xtau nk buat ape dah. Hanya ade Allah tmpt berserah. Aku tensen sgt. Sakit. Stress. Hopeless. Darah aku penuh dgn gangguan jin. Fikiran kusut. Hati kecut. Jiwa hanyut. Nazar aku ialah. Kalau hajat aku dikabulkan. Aku akn ikut semua ckp mak aku, dan mulai saat itu, Aku berusaha sedaya upaya utk menurut ape saje kata2 beliau, Dan hari ini. Aku lega drpd byk tekanan. Allah mendengar doa kita. Betul,
Oke. Ini perkembangan diri. Skrg ak dah sem 2 . Amek bachelor of chem engine in food dekat UNIKL. Entah kos ape ni. Aku perlu lbih byk mengkaji tntang kos ini sendiri sbnrnye sbb ak pn blur2 pasal mase dpn. Aku tertumbuh di sini kerana jodoh dan takdir Tuhan. x kire lah kos ape2. Janji dpt ijazah dan boleh keje. Aku seronok, Duduk hostel, Ye! buat pertama kalinya dlm dunia aku rasa seronok duduk hostel :) Puan emak telah membelikan aku seekor viva elite ivory white supaye senang aku nk blk :) heheh.
Sem 2 baru je start sebenarnye. Walaupun ak agk lagged drpd yg sepatutnye. Aku x kisah. keterlambatan ini mengajar mcm2 taw, ye, betul, tapi kalau x lagged lg bagus kn. hee.
Baiklah. Sekian terima kasih. :)