Wednesday, September 1, 2010

It's September Baby!

Assalamualaikum,

Hari ini aku bangun dengan rasa terawang-awangan. Oh semalam Hari Merdeka, cuti satu hari aje. Makna yg  tersirat ialah hari ni merupakan hari persekolahan. Urgh!. Jadi. Seperti biasa, satu rutin yg telah  aku ulang-ulang selama 14 tahun benar-benar mengejutkan diri ini dari kelalok-an. Siraman air  pertama yg mencecah kulit dalam kedinginan hawa di pagi-pagi Subuh seolah-olah menyuntik satu semangat halus yg sangat catchy. Maka terlahirlah satu rasa yg sentiasa hadir pada setiap siraman pertama di pagi-pagi hari persekolahan.

Setelah berjaya menghasilkan kesan tapak kasut di bumi SMK Ledang aku teringat kembali yg semalam Hari Merdeka. Leher aku tertoleh comel kekiri dan kanan memerhatikan kaum sendiri yg bergelar Melayu elok-elok saja berada di tapak perhimpunan sekolah bersama orang-orang Tionghoa dan India. Ya. Inilah situasinya di setiap Sekolah Menengah Kebangsaan di seantero tanah air ini. Setelah  53 tahun merdeka kita still standing nampaknya.Baguslah.

Proses pengajaran dan pembelajaran tidak berjalan seperti biasa kerana tiada lagi yg "sepertibiasa" itu setelah masuk musim-masim peperiksaan begini. Tiada lagi hati yg tenang bila melangkah ke kelas yg dulunya hingar bingar dengan keriuhan senda tawa. Walau sekarang masih ada riuhnya tapi tidak seceria dahulu-kala. Guru-guru juga sama. Sudah mula siriyes, buat revision dan bincang pastyears. Ah. Perkara yg sama pastinya turut berlaku di sekolah2  lain pada musim-musim begini. Tiada lagi bunga-bunga di dalam hati dan muncul pula kerajinan yg tidak bertepi.

Jumaat ini.. TRIAL aku bermula. Masa untuk belajar tiba-tiba sudah tiba. Erk.

Comelnya dunia. Yang penuh dgn kepura-puraan dan kehenseman. Walaupun Trial dah dekat mcm mana aku boleh sempat utk duduk mengadap lektop begini. Selepas post ni mmg dah tak sempat lagi.

Oke,

PRAY FOR ME.
Amin,

3 comments:

Hazman Amini said...

Gud luck tiara... buat yang terbaik... jgn putus asa ye... :)

M.Sya.R said...

gud luck

Syukri Sapuan said...

Semoga berjaya dalam peperiksaan percubaan :)