Monday, June 14, 2010

dan siapa? yg memusnahkan impian.

Assalamualaikum.

IMPIAN

pagi itu hambar. dia bangun dengan hati yg tidak mahu hidup. pagi masih redup dan matahari masih malu-malu melimpahkan sinarnya. bumi yg sudah 52 tahun merdeka itu menjadi saksi kepada hancurnya sebuah impian, cita-cita dan harapan.

AKHIR JULAI 2009

berdebar-debar rasa hati. namun kaki dipaksa juga untuk melangkah. demi satu impian yg dapat menenangkan hati dan jiwanya. dia bukan saja-saja melakukan ini. dia membuat keputusan ini dalam himpitan rasa dan seksaan jiwa yg tidak bertepi. sedih. sayang. mengecewakan. itu saja yg org ramai boleh kata. namun tuan empunya diri sgt yakin dgn apa yg dilakukannya. sgt percaya yg dengan jalan baru itu dia juga boleh berjaya. walau org lain ragu-ragu. walau ibunya sendiri putus harapan dan kawan-kawan sibuk mengingatkan yg jalan baru itu amatlah menyesatkan serta dia tidaklah secerdik mana untuk terselamat dari dugaan itu.

GILA

seorang gadis bertuah, dengan keputusan SPM A lurus (straight A) yg masa depannya cerah teramat-amat sangat bila diterima masuk ke Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dengan tajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk kos Bioteknologi. JPA berjanji. dan kontrak telah disign untuk tajaan hingga tamat Ijazah Pertama di UIA kampus Kuantan nnt. (mmg superb) tapi. setelah 2 bulan di ambang kemegahan. kerana dia gila. dan terlalu obses dgn emaknya, kucing-kucingnya dan aroma rumahnya dia lepaskan semua itu. untuk duduk rumah. dan mendaftar masuk ke Tingkatan Enam aliran sains yg susahnya tak tergambar dek kata-kata, di situ, tak lulus ialah perkara biasa dan kerajinan amat perlu, (sedangkan dia pemalas tegar)

KINI

setelah 10 bulan membodohkan diri dalam dilema penyesalan. dia terfikirkan sesuatu yang tidak logik. apa? masuk Universiti untuk Ijazah dgn menggunakan keputusan STPM 2010. dia sgt2 mengharapkannya walau hati, jiwa dan mindanya sedar yg perkara itu tidak masuk akal! yalah. ape pulak tidak, untuk peperiksaan pertengahan tahun Mei lepas dia cuma lulus untuk 1 subjek sahaja iaitu Pengajian Am, seperti biasa, dia gagal dlm Methematics T, Chemistry dan Biology. jadi untuk masuk U mmg xlogik.

USAHA.

ini kisah benar. dan budak perempuan itu sekarang dah tak pedulik dgn apa-apa lagi. hanya satu azamnya. berusaha dengan semua kudrat yg ada, selagi terdaya. selagi belum tiba saatnya dia duduk terhenyak di atas kerusi dewan peperiksaan. dia akan cuba memaksa diri menghitung fakta-fakta dan mencongak formula-formula yg ada, tanpa sebarang tuisyen. dia sekarang benar-benar di atas kakinya sendiri. inilah perit yg patut dibayar akibat daripada menolak tuah dan rezeki Tuhan.

ingat.
PRIDE COMES BEFORE A FALL.
tapi.
IT'S NOT THE FALL THAT KILLS YOU, IT'S THE SUDDEN STOP AT THE END.


MIMPI

jauh tersasar dari realiti. dia budak tingkatan enam yg pemalas dan leka dgn kenikmatan internet dan Astro. hidupnya sehari-hari sibuk menguruskan kucing-kucing dan bersantai-santai membuang masa, keputusan peperiksaannya juga amat mengecewakan. itu realiti. tapi ini pula MIMPI. menjadi pandai. genius dan cemerlang di sekolah, lulus semua subjek with flying colours untuk STPM 2010 dan masuk U untuk kos yg boleh bagi dia pekerjaan yg disenanginya, kerja yg bila dia bekerja setiap hari. dia tak rasa mcm pergi kerja sbb dia begitu seronok melakukannya walau serutin manapun. dgn pendapatan yg mengeluarkan dia dari kelompok miskin atau miskin tegar, itu sudah cukup, gaji yg boleh bagi dia makan kenyang dan menyumbang sedikit kepada emaknya sebagai hadiah bulanan. itu sudah bagus, berkahwin dan beranak belum masuk book lagi sekarang.

CUMA ADA SATU JALAN
kerja keras! masa masih ada tapi ingat. the clock is ticking. tak pernah berhenti. kejarlah. usaha. doa. tawakal. Insya ALLAH, bersihkan diri dari dosa dan maksiat. jaga pertuturan dan tingkah laku, habiskan bulan-bulan akhir menuju november ini dengan kerajinan bersulamkan keimanan. aurat kena jaga, bab aurat ni dia seakan leka dan alpa. habis ditayang-tayangkan segala. astaghfirullah, jalan taubat terbuka luas. sembahyang jangan tinggal. mengajilah sekerap mungkin dan kalau ada masa senggang buatlah solat hajat, walau Tuhan dah tahu ape MIMPI itu. tapi sebagai hambanya kita jangan bongkak. kena juga mintak, semoga cinta pada-Nya subur kembali di hati yg hitam bertar dosa.

Ya Allah. bagi aku masa depan yg tidak membuatkan mak aku menangis lagi.

2 comments:

M.Sya.R said...

salam..
gud luck ye kamu..
tiara boleh..!!!

=)

SyIDaH SaNi said...

ya.. jgn risau.. ko boleh..
ingt ye.. ak da kt cni kalo ko da probs.. gud luck dear..