Friday, June 25, 2010

dokter tiara? [ part 2 ]

assalamualaikum.

ini adalah kesinambungan daripada post tahun lepas. [ klik sini kalau nk baca semula ]

oke.

ini merupakan faktor kementahan umur. mungkin dah ramai yg tahu aku berada dekat mana sekarang dan apa yg sedang aku usahakan, tapi x banyak yg tahu apa yg aku mahu (nak sangat2!!!!) temui di hujung jalan nanti.

ia bermula dari satu naluri.

masa tingkatan lima dulu aku belajar dgn iltizam untuk buat degree medic dekat UK under JPA.
entah. aku betul2 gilakan bende tu dulu. dah ade contact2 dgn akak2 yg ada dekat sana. abg2 yg scholar JPA ke negara2 lain pn abes aku tanya mcm2. well. inilah yg dikatakan ukur baju tidak di badan sendiri ye sayang, semangat berkobar-kobar sedangkan aku tak selalu pun baca buku BIO. percaya x? sehingga SPM pn aku tidak pernah baca dgn teliti walau sehelai pun bab BIO yg tulang2 tu. BETUL. so aku end up dgn hanya A2. melayanglah cita-cita yg tak semenggah tadi.

tapi. aku rasa sekarang aku dah dewasa. dan boleh berfikir dgn agak logik dan praktikal. kalau kematangan itu belum cukup pun mungkin magnitudenya lebih tinggi dari dulu. mungkin juga tidak? tapi aku rasa YA.

so. kalau kalian tanya apa cita-cita aku sekarang? jawapannya ialah. Veterinarian atau dalam bahasa germannya Dokter Haiwan Yang Berjaya.

ini aku cungkil dari pemikiran aku berdasarkan minat dan kasih syg yg mendalam terhadap mereka.

aku dah tutup kamus cita-cita. tak boleh carik yg lain untuk tukar-tukar lagi. amin.semoga tercapai.
nak tahu x? cita-cita pertama aku ialah Konduktor Bas. kalau ade yg x tahu. konduktor bas tu org yg akn dtg dekat kita kat ats bas untuk minta tambang dan beri tiket, tapi sekarang dah kurang. kebanyakkan bas dah pakai mesin je. dah maju!

 itulah cita2 pertama aku. menyedihkan? bagi aku tidak. sebab obviously aku masih kanak-kanak masa tu, mungkin masa kecik2 kalau org tanya dah besar nak jadi apa? kalian jawab "dokter!" "polis!" kan? tapi aku nk jd konduktor bus. x ramai yg tahu. haha. tapi mak aku tau. mungkin sebab dulu kami susah. xde kereta dan selalu naik bas. aku selalu observe yg konduktor bas bawak satu papan tiket yg ada pelbagai warna.  dan dapat banyak duit syiling. haha, itu minat aku pada masa tu.

tapi sekarang. aku berpegang pd cita-cita baru untuk menjadi seorang Vet. sebab aku tengok Vet berkerja dgn makhluk2 comel yg ada pelbagai warna dan species. dan dapat banyak duit kertas. haha. ini minat aku sekarang.


so. 


now. aku sedang mempersiapkan diri untuk layak melanjutkan pengajian ke Fakulti Perubatan Veterinar UPM. nak masuk pakai rezult STPM 2010 yg bagus. syarat dia kena dapat B bio dan  lulus Kimia masa SPM. syarat minimum. tapi sebab competition aku nak dptkn A untuk BI0 untuk menyelamatkan diri dari dilelong ke kos2 yg tidak diminati. secara amnya aku nak dptkn A untuk BIO dan PA serta B untuk Math dan Kimia. so 2A2B. amin.


result MUET keluar mggu dpn. aku x pernah cerita pasal MUET dekat sini rasanya, target aku = band 4. tapi kalau bernasib baik mungkin terrrdpt band 5. atau malang tidak berbau terrrdpt band 3 pulaks. xbole2. mesti at least kene dpt band 4. amin, MUET boleh bantu kot utk UPU nnt.

oke

sekarang kena kerja keras!



2 comments:

SyIDaH SaNi said...

ak sentiase ingt ngn cita2 ko 2.. n dun worry.. ko mst bly pnye aslkn ad keinginan n keyakinan.. insyaAllah..

Anonymous said...

t aku nk anta belaan aku kat ko...1 more thing,,alhamdulillah ko dah nmpak laluan ko..