Tuesday, August 31, 2010

BeLuM mErDeKa.!

assalamualaikum.

salam Kemerdekaan dan salam satu Malaysia buat kalian.
kepada warganegara yg berada di tanah air, apa khabar semangat patriotik mu pada hari ini?
kepada anak2 Malaysia yg jauh di perantauan, rindukah pada kibaran jalur gemilang?

semangat patriotik dan kenegaraan adalah sesuatu yg subjektif dan tak semua orang bangga jadi anak Malaysia. mengapa? kerana ada segelintir culprit yg tak pedulik dgn negara dan hanya akn concern bila ada bom jatuh kat ats bumbung rumah mereka saja. hanya akan pedulik bila hak kaum mereka ditindas. hanya baca akhbar utk cari berita sukan dan hiburan. ada pula yg tak peduli dgn apa2 selagi mereka boleh hidup mcm biasa. patriotik ke?

habis tu patriotik tu mcm mana? pasang jalur gemilang atas kereta? dgr lagu negaraku setiap hari sebelum tidur? pakai baju bendera? masuk kawad sempena perarakan Kemerdekaan? awak! jgn la extreme sgt!

aku sendiri pn tak boleh nk tafsirkan patriotik tu mcm mana. Tapi aku bersyukur sbb kita dah merdeka dan dpt hidup aman damai, harmoni walaupun tak berapa nak bersatu padu akibat ade yg sokong pembangkang dan ada yg sokong kerajaan. tak kisahlah anda sokong apa, itu hak peribadi. ade org nk kawin dgn perempuan down syndrom , xkan kita nk ckp dia gila? itu hak peribadi. yg penting jgn jadi keterlaluan. takda tempat utk ekstremis di Malaysia.

tapi.walau semerdeka manapun. aku belum merdeka lagi sehinggalah Disember nanti. jiwa ini sudah diikat tersimpul mati dgn satu peperiksaan. Sijil Tiggi Pelajaran Malaysia. patriotik sungguh namanya kan?

sekarang semangat nak TRIAL. cayok2. amin,

Thursday, August 26, 2010

For everything,, There is a season.

Assalamualaikum.

Life is not a stagnant pool, It's a running stream, Lots of things will come and go but sometimes the effect of something will haunt you for the rest  of your life!

Life is a one way street. No matter which door you take, none of them leads back. Experience is like a pen writing, you cannot erase it if you wrote wrongly, just can cancel it by making a line on it or use a liquid paper. No matter what you do, the stain remain.

In my life, this is the exam season. [ imtihan mode ].
I have lots of past years to do before my trial that start next week and will continue after the Raya holiday. well, Raya will not be as fun as it suppose to be lah kan. There are two volumes of Biology textbook and three volumes of chemistry textbook that I have to read word by word. OMG! plus eight sets of Maths pastyears for both paper one and two! and not to forget all those facts for Pengajian Am..

oke. it's tough. and will go on until the last paper of STPM this december.

I don't regret. This is my choice. I've sacrificed lots of opportunity for this 2010's STPM.

I wish I can get all principles with at least. two A's .
AMIN.

To friends and family. Sorry because I have to be selfish for this couple of months.
It's my future baby! Must work for it with all my heart and soul.

Pray for me.

Thanks.      

Wednesday, August 18, 2010

Another Day..

Assalamualaikum.

Ada berjuta-juta bauran emosi dalam hati aku skrg. Kenapa? Sebab trial tinggal sebulan je lagi dan STPM yg betul pulak x sampai 100 hari jek lagi. Wajarkah hati aku bertaman-taman di saat-saat begini?. Hai. Pengalaman menempuh UPSR. PMR dan SPM memang betul2 tak sama dgn yg satu ini. Tak dapat aku nak gambarkan gejolak ribuan rasa yg bagai diuli hingga sebati lantas menghasilkan satu rasa baru yg WOW!. rasa baru ini mencetuskan sedikit anjakan kerajinan yg  masih tidak cukup.

-masih belum sempurna-

Pemergian Encik MYZ ke Indonesia utk melanjutkan pelajaran membuatkan aku terfikirkan sesuatu. Dia dah mula bekerja untuk degreenya tapi aku masih lagi di bangku sekolah. oke. satu rasa rendah diri tiba-tiba dtg menghantui. ramai kwn2 ak semua dah start sem degree mereka sedangkan aku masih menseterika baju sekolah di awal2 pagi. tapi ini tahun akhir, menjadi pelajar yg paling tua di sekolah adalah satu pengalaman 
yg tak semua org berpeluang merasa. Indah sebenarnya.

aku dah mula nekad utk tinggalkan rumah selepas STPM. pergi buat seketika untuk mengejar Ijazah kemudian pulang semula ke pangkuan mak aku yg masih sihat wal afiat. 

Kitaran hidup yg aku susah nk terima dulu.
Kini aku mengharapkannya. semoga aku dpt 4P dan berjaya mendpt tmpt di mana-mana IPTA yg cemerlang utk satu  kos yg betul2 aku nak.

aku dah hilang sedikit lemak bersempena Ramadan al-Mubarak ni tapi aku mengharapkan penghilangan dosa sebenarmya. tak tahu lah. 

Semoga mak aku dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yg terbaik sepanjang hayat.
Semoga Encik MYZ berjaya mengejar apa yg dicari di sana.
Semoga aku dpt 4P utk trial dan 2A2B utk STPM nnt.

AMIN


Wednesday, August 11, 2010

Salam Sinar Ramadan



Diharap jika aku pernah menyakiti. Ampunkanlah. Sesungguhnya aku hanya manusia biasa.

Selamat Berpuasa + berterawih + bertadarus alQuran + berzikir + bersedekah + bertasbih.

Jangan lupa untuk sedekahkan bacaan Quran pada mereka yg sudah pergi dulu.
Datuk2 Nenek2 dan Moyang2 kita yg mengharap bantuan ank cucu cicit.

Jangan lupa juga utk mengampunkan dan memaafkan sesiapa sahaja yg prnah berdosa dgn kita.

BARIKILLA HUMA LANA FI SYAHRI RAMADAN

Sunday, July 11, 2010

Ahad yg keberapa?

assalamualaikum.

aku kurang pasti. hari ini ialah Ahad yg keberapa yg aku dah bazirkan begitu sahaja tanpa study dan buat homework. aku sekarang dah jadi pemalas gila. result aku teruk pun sebab aku tak baca apa2 dan tak study apa2. hai Tiara. ape nak jadi dgn kaw?? hancur2.

tapi. dari sudut yg lain. aku puas dgn hari ni. aku puas dgn ape yg aku dah buat. mkn tgh hari dgn kenyang dan sedap sebab mak aku masak. heheh. bukan selalu Cikgu Norah itu memasak lauk mkn tgh hari. akulah yg syok mkn ye. erm. pg td jugak aku edit reban kucing. elokkan tingkat yg aku baru tambah tu sbb sebelumnya mak aku ckp nmpk mcm serabut. sekarang dah nmpk kemas, yeay. lepastu tanam pokok morning glory dekat situ supaya nnt dye hidup memanjat reban. heheh. cantik! kan?then aku sempat jugak tukar air aquarium yg dah mcm kolam indah water tu. biar ikn2 tu rasa yg life is not a stagnant pool, it's a running stream! skrg airnye dah jadi crystal clear turqoise blue, cantik! kan? haa. terlupa. MUET aku band 4 sahaja. well. kurang pandai bertutur dalam BI. markah speaking hanya sekadar cukup mamam. erk. memalukan Cikgu Norah betul.

esok. nak beli tali dan loceng2 kecil dan mainan2 lagi. reban tu perlu diceriakan lagi. untuk Miyu-miyu tersayang yg omel-omel semuanya. 3 eko dah diambil org. skrg tnggal 15. dah takde org nak. xpelah. aku mampu kot kalau seramai tu. tp jgn membiak lg sudeh. huu. td aku berjaya selamatkan Si Lembik yg baru hendak dirogol oleh Encik Bubu. ye. selamat. betina muda tu sekarang dah pandai miang2. aish. tak boleh jadi. mati aku kalau dye pulak mengandung. erm. minggu depan aku nak mandulkan Neneng setelah dye mengandung dan beranak sebanyak 3 kali. oke kan? tak de la kejam kot.

magrib tadi. aku bace buku doa yg aku bace setiap hari mase form1 sampai form3 dulu. dah lama sgt tak baca buku tu. rindu dgn doa2nya. nak amalkan semula lah.

lupe lagi. kamis haritu scoot aku pancit tayar belakang. semalam baru g repair. upenye tyr dye yg dah rosak. bkn tiub bocor ke hape. ganti tayar. melayang duit Cikgu Norah RM60. lalala. akulah anak yg asek menghabiskan duit emaknye. sian mak aku. tadi. abah bagi RM20 untuk betry henset aku yg dah  rosak tu.(aku ase hrge betry lebih kot dr RM20. heheh) beli betry baru! bila? esok  kot. dah berbulan2 xde henfon. oke je hidup. x mati dan tak sunyi. tapi susah nak berkomunikasi siket. henfon skrg bkn lagi untuk hiburan atau mesej2 kapel tapi satu medium komunikasi yg diperlukan (xde la pnting sgt kalau kaw ade facebuk dan telefon rmh mcm aku). tapi knp ak nk pegi jugak beli betry baru?? sbb ak rindu dgn kemre henset. rindu nk amek gmbo n wat video. hahah! itu hiburan lah Tiara.. aisey.

erm. nampak kan? yg semangat aku untuk hidup dah ter-rekindle semula. alhamdulillah.

nikmati setiap saat, detik dan hari. jgn terlalu pandang ke belakang sampai tersungkur di jalanan tapi jangan pula ter-asyik masyuk pandang ke depan sampai tak nampak benda-benda indah di depan mata. hujung pelangi kalau dikejar manakan dapat. busuknya tahi lama-lama hilanglah juga. sila fikir-fikirkan.

sebagai manusia biasa. kita. IMPERFECT.

Thursday, July 8, 2010

teruk

assalamualaikum,

aku tak tahu la mcm mana nak expresskn diri ak skrg ni.

rasa mcm teruk. hancur. ruined.

mcm hangus , lebur. destroyed,

entah,

celaru. tensen. byk probs.

mcm nak gila. mcm nak pengsan. mcm nak lari dari keadaan.

rasa mcm teruk sgt.


sedey. kecewa. frust. losing hope.

STPM mcm x menjanjikan apa2. aku mcm x mampu.

hancur lebur.

ape yg aku buat skrg? mcm xdehasil. mcm kerja bodoh, mcm buang masa.
mcm menggelapkan masadepan sendiri.

aku mcm dah. "lantaklah ape nak jadi, aku buat yg termampu je"

mak aku. aku kecewakan. sory mama.

aku mmg x guna. selfish. bodo. sengal. gila. malas.

aku xde value dah. bongek.

hancus. sadis.

aku bukan sape2 lg. mcm sampah. mcm taik. menyusahkan org.

aku menyusahkan mak aku.

aku tak abes2 menyusahkan mak aku.

aku sedey.


mak ak pn x bpe sihat ag dah. tp ak. x abes2 menyusahkn. ank x gune.

aku bodo.

Wednesday, June 30, 2010

fasa paling susah dalam hidup.

aku tgh susah skrg. susah yg ini bukan bermakna miskin atau tak de duit utk melangsungkn hidup.

tapi.

keadaan aku sendiri yg menekan jiwa sehari-hari. siapa tak tertekan kalau public exam cuma 4 bulan saja lagi tapi masih gagal untuk 3 subjek paling penting. bukan kerana bodoh tapi kerana malas. so jadilah rajin. masalahnya otak dah beku pulak. dah 2 tahun x study dan struggle sehabis-habisnya. last sekali utk SPM  2008. huh, ak sedang cuba merajinkn diri tapi itu pun susah. oke. cakaplah ! ckp! kaw nk ckp xde ape yg sng dlm dunia kn? kann?? mmg. tp untuk asah otak yg dah bekarat dgn kelembapan dan dosa, susahnya tak terkata. masa depan aku. mcm mana aku boleh tak susah hati. mak aku ank dye sorang aje. STPM ni je lah yg tinggal utk ak. x payah fikir lg pasal bende2 yg ak dah tolak dan tinggalkan lama dulu. tak payah!! skrg pndg depan. STPM 4 bulan je lg. dah la subjek2 dye tough nak mati. aku pulak syok2 tiap2 malam tgk StarMovie or HBO. pastu ngantuk. then tido. study?? esok kan ada.well. procastination is the thief of time. hancur rezult Mid Year Exam aku. mase depan belum hancur. jadi sila berubah Tiara.

lagi,

aku dah mula tertekan dgn STPM ni sejak last year lagi. bila tensen. I can't stop eating! so. sehingga ke hari ini. secara rasminya. berat aku dah naik 17kg!! relaks?? owh. teruk betul . otak dan pemikiran aku mcm nk meletup memikirkn keadaan diri yg hancur berkecai nih. T-shirt dah x muat. seluar x muat. duduk rmh pakai kain batik aje yg selesa. lain semua KETAT. sedeyh betul. tgk cermin. sakit hati. aku ke tu? nape cm lain sgt. boleh imagine x brt kaw naik 17kg dlm 2 tahun? sume org yg dh lme x jmpe ak. tbe2 terserempak kt mne2. tekejut mcm nk pengsan. Tiara?? oke oke oke. mmg Tiara + 17 "tut"

kene repair.

kucing-kucing aku pulak semakin hari semakin ramai. aku pun x tahu nk buat ape. skrg dah 18 ekor. bukan aku x sayang tapi aku pun menumpang je kt skola ni kn. byk pihak2 berkuasa yg kompelin. kalau rmh aku sendiri. lg byk lg ak suke.

aku ade 3 masalah besar.

BESARRRRRRRRRRRRRRRR PUNYE!!!!

yg buatkan ak xnk mulakan hidup pd setiap pagi hari.
yg buatkan ak x senang terlena pada setiap malam

aku tgh susah skrg!.

kwn2 hilang pergi mengejar masa depan masing2. ak dah xde value. buat ape diorg nk tolong. kan?

susah. semoga hujungnya nanti membuatkan ak tersenyum sendiri.

Friday, June 25, 2010

dokter tiara? [ part 2 ]

assalamualaikum.

ini adalah kesinambungan daripada post tahun lepas. [ klik sini kalau nk baca semula ]

oke.

ini merupakan faktor kementahan umur. mungkin dah ramai yg tahu aku berada dekat mana sekarang dan apa yg sedang aku usahakan, tapi x banyak yg tahu apa yg aku mahu (nak sangat2!!!!) temui di hujung jalan nanti.

ia bermula dari satu naluri.

masa tingkatan lima dulu aku belajar dgn iltizam untuk buat degree medic dekat UK under JPA.
entah. aku betul2 gilakan bende tu dulu. dah ade contact2 dgn akak2 yg ada dekat sana. abg2 yg scholar JPA ke negara2 lain pn abes aku tanya mcm2. well. inilah yg dikatakan ukur baju tidak di badan sendiri ye sayang, semangat berkobar-kobar sedangkan aku tak selalu pun baca buku BIO. percaya x? sehingga SPM pn aku tidak pernah baca dgn teliti walau sehelai pun bab BIO yg tulang2 tu. BETUL. so aku end up dgn hanya A2. melayanglah cita-cita yg tak semenggah tadi.

tapi. aku rasa sekarang aku dah dewasa. dan boleh berfikir dgn agak logik dan praktikal. kalau kematangan itu belum cukup pun mungkin magnitudenya lebih tinggi dari dulu. mungkin juga tidak? tapi aku rasa YA.

so. kalau kalian tanya apa cita-cita aku sekarang? jawapannya ialah. Veterinarian atau dalam bahasa germannya Dokter Haiwan Yang Berjaya.

ini aku cungkil dari pemikiran aku berdasarkan minat dan kasih syg yg mendalam terhadap mereka.

aku dah tutup kamus cita-cita. tak boleh carik yg lain untuk tukar-tukar lagi. amin.semoga tercapai.
nak tahu x? cita-cita pertama aku ialah Konduktor Bas. kalau ade yg x tahu. konduktor bas tu org yg akn dtg dekat kita kat ats bas untuk minta tambang dan beri tiket, tapi sekarang dah kurang. kebanyakkan bas dah pakai mesin je. dah maju!

 itulah cita2 pertama aku. menyedihkan? bagi aku tidak. sebab obviously aku masih kanak-kanak masa tu, mungkin masa kecik2 kalau org tanya dah besar nak jadi apa? kalian jawab "dokter!" "polis!" kan? tapi aku nk jd konduktor bus. x ramai yg tahu. haha. tapi mak aku tau. mungkin sebab dulu kami susah. xde kereta dan selalu naik bas. aku selalu observe yg konduktor bas bawak satu papan tiket yg ada pelbagai warna.  dan dapat banyak duit syiling. haha, itu minat aku pada masa tu.

tapi sekarang. aku berpegang pd cita-cita baru untuk menjadi seorang Vet. sebab aku tengok Vet berkerja dgn makhluk2 comel yg ada pelbagai warna dan species. dan dapat banyak duit kertas. haha. ini minat aku sekarang.


so. 


now. aku sedang mempersiapkan diri untuk layak melanjutkan pengajian ke Fakulti Perubatan Veterinar UPM. nak masuk pakai rezult STPM 2010 yg bagus. syarat dia kena dapat B bio dan  lulus Kimia masa SPM. syarat minimum. tapi sebab competition aku nak dptkn A untuk BI0 untuk menyelamatkan diri dari dilelong ke kos2 yg tidak diminati. secara amnya aku nak dptkn A untuk BIO dan PA serta B untuk Math dan Kimia. so 2A2B. amin.


result MUET keluar mggu dpn. aku x pernah cerita pasal MUET dekat sini rasanya, target aku = band 4. tapi kalau bernasib baik mungkin terrrdpt band 5. atau malang tidak berbau terrrdpt band 3 pulaks. xbole2. mesti at least kene dpt band 4. amin, MUET boleh bantu kot utk UPU nnt.

oke

sekarang kena kerja keras!



Monday, June 14, 2010

dan siapa? yg memusnahkan impian.

Assalamualaikum.

IMPIAN

pagi itu hambar. dia bangun dengan hati yg tidak mahu hidup. pagi masih redup dan matahari masih malu-malu melimpahkan sinarnya. bumi yg sudah 52 tahun merdeka itu menjadi saksi kepada hancurnya sebuah impian, cita-cita dan harapan.

AKHIR JULAI 2009

berdebar-debar rasa hati. namun kaki dipaksa juga untuk melangkah. demi satu impian yg dapat menenangkan hati dan jiwanya. dia bukan saja-saja melakukan ini. dia membuat keputusan ini dalam himpitan rasa dan seksaan jiwa yg tidak bertepi. sedih. sayang. mengecewakan. itu saja yg org ramai boleh kata. namun tuan empunya diri sgt yakin dgn apa yg dilakukannya. sgt percaya yg dengan jalan baru itu dia juga boleh berjaya. walau org lain ragu-ragu. walau ibunya sendiri putus harapan dan kawan-kawan sibuk mengingatkan yg jalan baru itu amatlah menyesatkan serta dia tidaklah secerdik mana untuk terselamat dari dugaan itu.

GILA

seorang gadis bertuah, dengan keputusan SPM A lurus (straight A) yg masa depannya cerah teramat-amat sangat bila diterima masuk ke Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dengan tajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk kos Bioteknologi. JPA berjanji. dan kontrak telah disign untuk tajaan hingga tamat Ijazah Pertama di UIA kampus Kuantan nnt. (mmg superb) tapi. setelah 2 bulan di ambang kemegahan. kerana dia gila. dan terlalu obses dgn emaknya, kucing-kucingnya dan aroma rumahnya dia lepaskan semua itu. untuk duduk rumah. dan mendaftar masuk ke Tingkatan Enam aliran sains yg susahnya tak tergambar dek kata-kata, di situ, tak lulus ialah perkara biasa dan kerajinan amat perlu, (sedangkan dia pemalas tegar)

KINI

setelah 10 bulan membodohkan diri dalam dilema penyesalan. dia terfikirkan sesuatu yang tidak logik. apa? masuk Universiti untuk Ijazah dgn menggunakan keputusan STPM 2010. dia sgt2 mengharapkannya walau hati, jiwa dan mindanya sedar yg perkara itu tidak masuk akal! yalah. ape pulak tidak, untuk peperiksaan pertengahan tahun Mei lepas dia cuma lulus untuk 1 subjek sahaja iaitu Pengajian Am, seperti biasa, dia gagal dlm Methematics T, Chemistry dan Biology. jadi untuk masuk U mmg xlogik.

USAHA.

ini kisah benar. dan budak perempuan itu sekarang dah tak pedulik dgn apa-apa lagi. hanya satu azamnya. berusaha dengan semua kudrat yg ada, selagi terdaya. selagi belum tiba saatnya dia duduk terhenyak di atas kerusi dewan peperiksaan. dia akan cuba memaksa diri menghitung fakta-fakta dan mencongak formula-formula yg ada, tanpa sebarang tuisyen. dia sekarang benar-benar di atas kakinya sendiri. inilah perit yg patut dibayar akibat daripada menolak tuah dan rezeki Tuhan.

ingat.
PRIDE COMES BEFORE A FALL.
tapi.
IT'S NOT THE FALL THAT KILLS YOU, IT'S THE SUDDEN STOP AT THE END.


MIMPI

jauh tersasar dari realiti. dia budak tingkatan enam yg pemalas dan leka dgn kenikmatan internet dan Astro. hidupnya sehari-hari sibuk menguruskan kucing-kucing dan bersantai-santai membuang masa, keputusan peperiksaannya juga amat mengecewakan. itu realiti. tapi ini pula MIMPI. menjadi pandai. genius dan cemerlang di sekolah, lulus semua subjek with flying colours untuk STPM 2010 dan masuk U untuk kos yg boleh bagi dia pekerjaan yg disenanginya, kerja yg bila dia bekerja setiap hari. dia tak rasa mcm pergi kerja sbb dia begitu seronok melakukannya walau serutin manapun. dgn pendapatan yg mengeluarkan dia dari kelompok miskin atau miskin tegar, itu sudah cukup, gaji yg boleh bagi dia makan kenyang dan menyumbang sedikit kepada emaknya sebagai hadiah bulanan. itu sudah bagus, berkahwin dan beranak belum masuk book lagi sekarang.

CUMA ADA SATU JALAN
kerja keras! masa masih ada tapi ingat. the clock is ticking. tak pernah berhenti. kejarlah. usaha. doa. tawakal. Insya ALLAH, bersihkan diri dari dosa dan maksiat. jaga pertuturan dan tingkah laku, habiskan bulan-bulan akhir menuju november ini dengan kerajinan bersulamkan keimanan. aurat kena jaga, bab aurat ni dia seakan leka dan alpa. habis ditayang-tayangkan segala. astaghfirullah, jalan taubat terbuka luas. sembahyang jangan tinggal. mengajilah sekerap mungkin dan kalau ada masa senggang buatlah solat hajat, walau Tuhan dah tahu ape MIMPI itu. tapi sebagai hambanya kita jangan bongkak. kena juga mintak, semoga cinta pada-Nya subur kembali di hati yg hitam bertar dosa.

Ya Allah. bagi aku masa depan yg tidak membuatkan mak aku menangis lagi.

Sunday, June 13, 2010

seminggu sudah!

assalamualaikum,

dah seminggu bercuti.

dpt semangat nk kurus,

dpt lepak ngn kwn lame. yg dah berubah (xbest). tp ade yg x berubah, (masih gila cm aku) best

dpt jln2 ngn mama ngn abah.

tp STPM masih menghantui. (benci)

oke.
jatuh cinta dgn Ahmad Shahir Zawawi. (OMG)



Saturday, June 12, 2010

run FATGIRL run!!


assalamualaikum,

oke, I've found the solution of my "overweight" problem.

1) makan sayur sahaja dan sedikit lauk. no nasik, no roti. ( by ZawiR)
2) buat sit up 100x sehari ( by Zul )
3) joging 1 hour daily ( by the success of Aizat the singer)

heheh. actually yg nombo satu tu aritu ak dah try, dlm 2 mggu, tp akhirnye kecundang dgn nafsu mkn yg serakah nk mati, hohoh.

yg nombo 2 tu ak maleh cket, sbb ble buat nnt perut rase cm lenguh2 (oke hanya alasan)

yg nombo 3 pulak, hai. kalau tgh cuti mcm sekarang ni boleh la dilakukan daily. tp kalau ari2 biase nk terpengsan aku dibuatnye nnt. xpe,aku cuba.

mesti sume pelik.

pehal lah dak Tiara ni nk kurus sgt. hello! aku bkn nk kurus "SGT" tapi juz nk jadik normal, heheh. xmo jadik nemok ssh gila nk cari baju, seluar. dan boyfren. (oke boyfren itu hanya gurauan) hahaha. dlm hati ak dah ade 1 manusia duduk sejak lame dulu dan x keluar2 so boyfren x perlu, oke,susah nk cari baju dan seluar sahaja,

skrg ak aim nk buang. menghapuskan. melupuskan dan meng"get out!"kan 10% lemak daripada my current weight which is 7.4kg, kite bundarkn ye, heheh, 7 kg!!!

jadik 74-7 = 67kg!

cayok! aja-aja fighting.




obviously bukan ak.
heheh. saje.
perempuan sexy.
ak ase dye x pakai baju kot.
jgn tgk lame2 bang!

Wednesday, June 9, 2010

CuTi

assalamualaikum,

walaupun cuti belum habis tapi aku dah pnt bercuti. erk? kenapa?
kerana ak skrg tgh pnt, so klu tnye pndapat ak tntang ape2 pun ak akn jwb "penat",
gila letih, sebab tadi pegi bersuka ria dekat Air Terjun Gunung Ledang dgn kwn2 sekola dulu,

daki punye daki akhirnye jmpe spot baik punya,bkn daki gunung tapi ade pavement untuk jalan mcm bertangga-tangga oke, penat jugak melawan graviti dgn berat badan aku yg agak gedempol ni, (x nemok comel je, haha). dengan air yg jernih, ikan2 kecil menggigit kaki, batu-batuan berlumut hijau, air terjun yg jatuh bagai shower terluas di dunia, hai. bila lah nak pergi lagi?

cantik. mmg cantik, walau ade pencacat pemandangan iaitu org berkapel yg seksi meksi tapi aku bkn nak tgk diorg, aku dtg nk bermandi-manda dan menyelam2, floating dan biarkan ikn2 kecil comel menggigit-gigit kaki dan belakang badan, dgn kepala menatap awan, tak nampak langit pun sebenarnye sebab ditutup oleh pepohon hijau yg tinggi melambai-lambai,

masa tu tadi, ketika di sana, aku lupakan segalanya, yg ada cuma air terjun, hutan, bunyik deburan air. bunyik burung2, gigitan ikan2, dan kawan2,

tenangnya, ini baru cuti!

tapi sekarang, aku dah dekat rumah, ada misi yg perlu diaccomplish, ape?
MISI MEMBUAT NOTA BIOLOGY,
aku taknak sentuh subjek lain selagi misi ni tak selesai.

to kawan2 yg syok bergelak ketawa di Puteri Gunung Ledang punye territory tadi, terima kasih daun keladi kalau boleh nanti jom pegi lagi, hahah, aku nk pegi laut pulaks, yg cantik2 n boleh buat snorkeling, mesti show habis,

dan sekarang, nak selesaikan misi itu sebelum jumaat ni,

oke,
aku seronok hari ni, alhamdulillah,

Tuesday, June 8, 2010

LumRah ke?

assalamualaikum,

kalau org2 sibuk cerita pasal manusia keji si pembuang bayi, aku pulak xnk bazirkn masa utk cerita mengenai mereka kerana mereka sudah cukup popular (kot!), jadi, this post nk feuturing pasal sesuatu yg lain,LAIN? yeah, gile unik (gerenti!),

tapi oleh kerana aku ni x berkesempatan lagi untuk mendalami situasi antarabangsa pasal isu ini, setakat boleh jadi jaguh kampung la, bg pndapat secara local aje,

mangsa = anak2


x de hati kot nak cerita pasal suami yg menceraikan isteri, atau isteri yg menuntut cerai, tapi teruja gila nk express some words for si comel mangsa penceraian,

adakah dia gembira "besnye, mak ngn abah da becerai, boleh belagak ngan kawan2"
adakah dia sedey "kenapa dgn diorg? x sayang aku lagi ke?"
adakah dia x pedulik "lantak la, ade aku kesah?"

statistik dari JAKIM menyatakan 56 pasangan bercerai setiap hari, sikitnya ?
jadi sekurang2nya,jika mereka ada seorang zuriatlah katakan, 56 org kanak2 terpaksa hidup tidak beribu atau kebiasaannya tidak berbapa, malang sungguh nasib , kawan2 di sekolah sibuk cerita pasal ibu ayah masing2 tapi mereka setakat boleh berimpian saja,

tak semua begitu, ada parents yg take turn bergilir-gilir tuk jaga anak atau ank2 spend time masa hujung minggu di rumah bapa dan hari2 sekolah biasa di rumah ibu, ini bukan mangsa tapi ank2 hasil perkongsian hidup sementara, mereka tidak malang malah mendapat kasih syg yg lebih pd pendapat aku, sbb both parents nk tunjuk diri mereka yg terbaik kan? right?

tapi sebaliknya, di sudut dunia yg sama dan dgn keadaan yg sama ada anak2 kiut yg tidak sebertuah mereka yg diats ini, ada yg dibela ibu tapi ayah buat x kesah, ada yg dijaga ayah sedangkan ibu tidak pedulik langsung. yg paling tragis ialah both parents x pedulik tapi nenek dan atuk yg tua dan uzur menjadi tmpt mereka menumpang kasih,




ape nak jadi? tak penting pun sebenarnya, asalkan mereka ada iman, semangat untuk belajar dan rajin, pasti ada cahaya dihujung lorong itu untuk mereka, tapi sayang, kebanyakan anak2 mangsa penceraian di tanah air tercinta kita ini menjadi penyumbang utama kes2 jenayah dan menjadi murid hardcore di sekolah2, sayang, aku betul2 terkilan, mengapa jadi begini? mungkin sebab nak tunjuk protest atau mungkin juga sebab mereka tak ade pembimbing tak ade penjaga malah mereka rasa macam tak ada org yg syg,


aku pelik, banyak gila rumah anak2 yatim dibuka tak kiralah yg islamik atau non-muslim punye, ada banyak juga animal shelter seperti SPCA dan Paws.org di seluruh Malaysia tapi tak pernah umur aku dgr ada rumah khas untuk kanak2 mangsa penceraian? atau mereka boleh juga tinggal di rumah anak yatim yg namanya "Rumah Kebajikan dan Anak2 Yatim"? itu aku tak tahu, org2 tua yg tak disayangi anak2 atau mungkin mmg tak ada anak boleh duduk beramai2 dgn rakan sebaya di Rmh Org2 Tua, tp budak comel mangsa penceraian nk pergi mana kalau ayh ibu dah x pedulik lg? rmh nenek! yg dah x bekerja dan x berkudrat, wah, sadis,




nenek dah inalillah pulak, mne nk pegi?



sebenarnye kan, salah siapa? ye, mmg salah parents, memang! salah parents yg tak pedulik, jika si ayh yg x pedulik dia yg salah. jika ibu yg x kesah, dia yg berdosa, tapi jika dua2 tak kesahkn ank, duwe2 carik neraka (agaknya!). aku betul2 kesian, lebih2 lagi kalau anak tu sekecil2 manusia yg tak tahu ABC lagi pun, yg x hafal al-fatihah lg pn, ape mereka tahu? ye, mereka tahu sebut "Mama" dan "Papa" dgn sepenuh perasaan, mereka tahu kalau nangis sebut "maaaaaaaaak" "maaaaaaaaaak" atau "ayaaaaaaaaaaaaah" "ayaaaaaaaaaaaaaaah".hai, sedih.


bila dah besar, mungkin mereka nampak sama sempurna seperti manusia biasa dr luarannya, namun, secara dalaman ada elemen yg tak lengkap, ada satu rasa yg lama terpendam, ada sebuah tasik kesedihan yg belum kontang, ada sekeping hati yg belum melupakan, mungkin, bagi yg x beriman, ada api dendam yg belum terpadam.

sekarang benda ni perkara biasa (smpai begitu sekali?).
jadik ape nk bising2, x lama lagi mereka besarlah, malah mereka akn lebih cepat dewasa dan lebih pandai berdikari, dan bila mereka tinggalkan zaman kanak2, puluhan lagi anak2 Malaysia yg lain akn menggantikan tmpt mereka, akn menangis kerana sebab yg sama, dan akan berdendam pada insan yg patut disanjung tinggi,


sekian sahaja,
_ekspresi rasa dari
_seorg budak perempuan 4 tahun mangsa penceraian
_15 tahun kemudian.


Hari ini, both parents aku dah remarrried and I'm living with my mum and my step dad. My dad and step mum do entertain me occasionally.. =,= I hate my destiny.

Saturday, June 5, 2010

just another morning soul,




assalamualaikum,

malam tadi, lewat jugak mata ni terlena dibuai rasa mengantuk, menghabiskan masa di alam maya ini untuk perkara yg entah apa2 sebenarnya, aku addicted, ohoh,



STPM bukan dah hilang dari ingatan, tapi aku dah malas nk tensen2 lg, ape gune tensen2 membazir nerve je pn, so aku decide untuk tidak menunggu dan mengharap detik bila STPM nk tamat tapi nak enjoy setiap saat kearah detik itu, untuk menjalani hidup yg lebih tenang, heheh,

aku nak usaha slow2, cket2, it's one step at a time, there's no need to rush, tapi yg penting kene keep moving, if u can't fly, run! if u can't run, walk! if u can't walk, crawl! by any means, MOVE!





dalam hidup ni, jangan pusing ke belakang, toleh cket je utk secebis pengajaran dari pengalaman mungkin, tapi jangan pandang belakang sampai gila, ape yg ade kt depan, sebenarnya sendiri yg tentukan, do the best n let Him do the rest,






dulu my bestfriend ade bgtau smthing. utk elakkan diri dari bencana frust menonggeng. kite kene set low target tapi put maximum effort, aku sebenarnya ada cita2 yg besar utk dpt 4flat, sedeh jugak sebab harapan x semenggah dgn usaha, hoho, well, kene rndhkn target ye Tiara,



TAPI,
ade pulak yg ckp, you gotta aim high, shoot for the moon, so even if u don't get there you'll still be among the stars!

terasa mcm nak nyanyi kuat2,
"gemuruh jiwa!
semangat membara!
dari puncak ingin ke angkasa!
berkalungkan bintang berkelipan!
menyerlah jauh dr yg biasa!"







jadi mcm mana?



oke skrg tukar mood



hari tu, aku buat mende yg dah lme x dinikmati,
ape? heheh, spend time dgn member2 lame yg dah jauh meninggalkan aku sebenarnye, aku syg korg, metul nih, walaupun kwn lama, yg dah lama tidak tercium bau nafasnya, aku tetap setia, heheh, best sey, walaupun cket org je, xpe len
kali kte wat besar2an, x sabar nk g Gunung Ledang pulak, hoyeah2,


aku ade sedikit kata2 untuk setiap seorg dr kalian,

  1. syidot, dr kecik kaw dah jadik kawan aku, kite hafal sifir di sekolah yg sama, kite membesar dlm kelompok kwn2 yg sama, nk tau x? bg aku kn, kadang2 kwn baik kite bukanlah best sgt, ;) tapi sebab kite dah terlalu biasa dgn dye. dye jadi sempurna sebagai kwn di mata kita, kerana terlalu lama berkawan yg x best tu lah yg menyenangkan hati dan buat kite kadang2 tersenyum sendiri, ak syg kaw, kaw "Cinta Teh O Ais" ku,dah lebih 13 tahun menjalin rasa n alhamdulillah, still standing nmpknye,! keep it real dot, terima kasih sbb syg ak, dulu ade org penah kate dye syg ak lebey dr bf dye dan org tu muke dye mcm kaw,heheh, semoga kaw berjaya dalam stdy n dpt kerja yg baik, serta berjaya jmpe org yg boleh jaga kaw dgn baik sbb kaw kwn yg baik, ak syg kaw, >
  2. cik sapiah, partner ak main tarik2 bulan mase kecik2, sekarang pun lum besa lg kot kaw, heheh, gile lame jugak menjalin frenship dgn kaw, mase dajah 2 kot, rapat dgn kaw, bila makin bsr smpai dajah 6 x bape dah, tapi bile masuk skola menengah aku ase muke kaw je byk lam movie hidup ak nih, nk tahu x? mase nk daftar masuk form 1 kaw la org pertame yg ak knl yg ak nmpk, tapi ak x tegur, ye r kte x geng sgt mse tu kot, wtpe ak nk tegur. hahah, tp dr tahun ke tahun aku mula perasan sesuatu, oho, budak ni, jiwa ak boleh blend dgn dye, syok dpt kwn yg bole blend ngn kte, aku amek lesen moto ngn lesen kete dgn kaw, kalau ade lesen kapal terbang pn aku nk amek dgn kaw! heheh, dulu igt nk carik degree di UIA same2 tp x kesampaian, semoga berjaya di UTP dan dapat kerja yg baik nnt, dan hepy dgn ank2 comel, :) heheh, jaga diri,
  3. kaled, dah lame x kuar dgn kaw, aku pelik, knp ak selalu nk gaduh dgn kaw dulu, heheh, bpe byk kali tah gaduh. then baik blk, nk SPM dulu pn kte x geng, tp skrg dah oke, alhamdulillah, kaw nk tahu? ak plg suke gelak dgn kaw, ak xtau knp, dari fom 1 lagi, kite x same kelas mse fom1 tapi selalu duduk same2 bila kene skola petang sbb ngah pekse, kite gelak2 dlm surau, kaw igt lg x? kite baling telekung ke depan pastu wt2 xtau, hahah. pengalaman tgk wayang pertama ak ialah dgn kaw, pengalaman satu2nya yg ak tumpang lori tepi jalan dalam hujan d bndaraye mlake pn dgn kaw jugak, ;) kaw kwn yg baik. even ak slalu gaduh ngn kaw, tp kaw tetap terima ak balik, semoga berjaya dpt degree nnt, n dpt kerja yg bagus dan bina a happy family sendiri, "burger"

cdot-kaled-cik sapiah-aku

Friday, May 21, 2010

jam oren di tgn si kiut,

assalamualaikum,

saya selalu terfikirkan hal ni, mengenai masa depan, entah, rasa macam xde future je.

betapa susahnya subjek2 yg saya terpaksa ambil sehinggakan nak lulus pun susah, inikan pula nk cemerlang, saya bukan budak bodo, saya nktegaskan sekali lagi, subjek2 tu mmg susa.

saya dah tak boleh jadik org cemerlang lagi,

susahnya,

sedihnya,,

knp saya x pegi metrik dulu? member2 yg sy lebih pndai dr dye bleh dpt rzult yg gmpak2.

kenapa saya buat diri saya mcm ni?

kini saya menyesal, baru 2 tahun tgglkn SPM, saya dah frust menonggeng, 10 tahun lg?
hahrh, xnak bygkn,

jadi, untuk x trus frust bersempena dgn mid year exam ni, saya nk fokus n bekerja keras

yeah,

semoga sukses k,

Monday, April 26, 2010

walau ape pun yg terjadi,

assalamualaikum,

salam sejahtera ke ats kalian yg entah mcm mana boleh ditakdirkan untuk membaca kata hati saya yg ini, bukan semua org tahu saya kaki blogging tentang perasaan, kerana luarannya saya tak nampak romantik pun, hanye terkadang di alam nyata ini kata-kata saya membuatkan org tidak boleh bereaksi lain selain senyum yg meleret,

saya sekarang sedang cuba untuk menjadi baik dan kurang menyakiti insan-insan luhur di sekeliling saya, kerana pada hakikatnya saya semakin hari semakin sombong, riak dan meninggi diri, itu semua memberi bayangan neraka kepada minda saya yg x seberapa beriman ni, makin hari diri ini makin kurang ajar dan berjalan menongkat langit tanpa peduli bumi Tuhan yg terhentak-hentak dipijak kaki, dari saat ke saat jiwa derita dibaluti kegelapan dosa, rakan-rakan bukan Islam yg baik-baik belaka menjadikan saya org yg bukan seperti Tiara yg dulu, bergaul bebas bersenda gurau tanpa mengira jantina memberi kegembiraan yg bukan kepalang, TUHAN semakin dilupakan dan dunia bagai dipuja-puja,

dan saat ini, saya bersyukur kehadrat Ilahi ya Rabbi kerana kembali menyedarkan diri ini tentang DOSA PAHALA, - SYURGA NERAKA dan batas-batas kejantinaan, saya perempuan muslim yg tak patut bergurau senda tentang seks dan mencarut-carut sesuka hati, maruah perlu dijaga walau jiwa tak sesuci mana,

Islam itu Syumul dan kalau diamalkan akan menenangkan jiwa,
Jejak Nabi Muhammad S.A.W kalau diikut seikhlas hati akn membawa ke taman firdausi,
ALLAH syg pada saya, berikan saya segala-galanya, oksigen yg cukup selama hampir sembilan belas tahun, air yg cukup untuk mandi, minum dan hidup, darah yg tidak henti-henti kitarannya dalam badan yg berlumuran dosa ini, dalam erti kata lain, ALLAH memberi tanpa bertepi tapi saya sendiri yg buat-buat tak mengerti, Astaghfirullah,

Ibu yg membesarkan saya dengan kudratnya yg sebanyak mungkin yg boleh diberi telah saya kecewakan dengan kelekaan serta kemalasan yg kejam, sekarang hanya satu impian saya, masuk Universiti untuk mendapatkan segulung ijazah dan ambil gambar agar Ibu boleh berbangga dgn saya dan meletakkan gambar konvo saya yg berframe di ruang tamu rumah, kemudian saya nak dapat kerja yg bagus untuk bagi Ibu hidup senang dan dapat pakai barang-barang berjenama serta gajikan ibu seorg bibik agar dia dapat berehat-rehat dan beribadah dgn lebih dihari tuanya, saya sayang ibu saya, tujuan utama saya tinggalkan UIA ialah kerana ingin bersamanya selalu, saya tak malu org cakap saya "ank emak" yg terlalu manja, sebab itulah kebanggaan saya, kalau org lain ada abang kakak yg belajar di oversea untuk dibanggakan atau yg berkerja bagus untuk ditayang-tanyang pada kawan-kawan, saya ada ibu yg sygkn saya untuk diwar-warkan pada dunia agar seantero alam ini cemburu dgn saya,

jadi, perjuangan jangka pendek masa ini ialah untuk mencapai keputusan yg cemerlang bagi STPM 2010 November nanti,

walau ape pun yg terjadi saya akn tetap memilih jalan ini,,

Saturday, April 10, 2010

selamat pagi Malaysia,

assalamualaikum,

it's been a long time since my last post n i really miss this blog, *_* n of course i miss u too, <3

entah kenapa, bila tangan ni gatal sign in kt blogger hati terasa berat untuk meluahkan ape2 kat cni, rasa yg berkocak x dapat tumpah, ade sesuatu yg menyekatnye dr terhambur di sini, mungkin kedewasaan? mungkin aku mula malu. atau aku sudah tak peduli lagi dgn rasa-jiwa-hati aku sendiri, hidup terasa macam bukan untuk berjiwa-jiwa, aku mula rasa hidup ni untuk kerja-kerja-kerja,, habiskan ape yg dikerjakan, then kerja-kerja-kerja lagi, macam hambar, (mungkin aku yg blurr kelabu skrg nih)

jadi pada pagi yang biasa-biasa ini,, aku paksa hati yg x berapa nak berpelangi ni untuk express something, m'b boleh buat aku calm dan terima qada' dan kadarNya yg kadang-kadang aku pelik kenapa kene mcm ni, kenapa hidup aku kene mcm ni? hidup org lain x? kenapelah kene unik sgt, well, unique doesn't make u special pn, kn? so , entah la, aku dah besar pn, i'm 19,, i should have grown up mentally and it should inculcate maturity in me, patutnya aku ni lebih matured dr org lain,, dgn ape yg aku lalui sepanjang jalan hidup dr zaman sekecil-kecil budak tadika ke segah-gah pelajar uia. tapi aku macam tak matang,

kenapa aku x matang? actually, kematangan ialah sesuatu yg subjektif n perlu dilihat dr banyak sudut, dari sudut persahabatan, berkawan-kawan, aku rasaaku dah cukup matang, same jugak dr sudut penternak kucing, aku pn ckup matured dah in that field, tapi dr tanggungjawab aku sebagai seorang muslimah,, mungkin aku x matang lagi, sebagai seorang anak, seorg pelajar, seorg kakak saudara kpd adk2 sepupuku yg tersyg, aku belum matang lagi,, di mana nak cari kematangan itu? di ceruk2 SMK Ledang? atau terselit di celah2 jubin dalam rumah aku sendiri? atau ia ada terawang2 di udara di seluas-luas bumi ini? sebagaimana luasnya pintu taubat,, pintu kematangan pun xde limit rasanya,,

jadi,, dalam mengejar STPM 2010, aku turut sama mencari gerbang maturity diri yg seinfiniti luasnya,

aku ingin jadi dewasa!

_Cik Tuntiara_ (19 oledy ma)

Friday, March 12, 2010

kerja keras,,


assalamualaikum,,

semlm keputusan spm 2009 keluar,, terkenang spm aku dulu,, tersenyum sendiri dan tiba2 terasa tak sabar pula untuk mengambil rezult stpm 2010 nnt,,

aku bermula dgn keputusan SPM yg biasa2, dulu aku rase 9A tu cemerlang betul,, tapi,, setelah masa berlalu dan pengalaman meningkat,, akhirnya persepsi aku bertukar, kini,, bagi aku,, 9A itu taklah secemerlang mana kerana ia hanya SPM yg grafnye mungkin direndahkan mengikut ogive markah keseluruhan peringkat kebangsaan,,

hari ini,, aku dikaburkan dgn STPM,, bg aku,, STPM ialah 1 peperiksaan yg sgt berkualiti kerana ianya betul2 sukar dan challenging, jadi,, aku akn tetap di sini, mencongak hari-hari yg mendtg dgn harapan untuk cemerlang bg peperiksaan stpm 2010 november nnt,

sejak kecil hingga pertengahan 2009, aku x pernah terfikir pun yg aku akn masuk ke tingkatan 6 untuk ambil STPM,, 4 subjek yg jumlahnya sikit itu terasa begitu berat untuk dijunjung,, tapi aku tahu,, aku boleh, ianya tak sesukar mana kalau kita rajin,, rajin bertanya dan rajin berusaha,,

target aku = PENGAJIAN AM - A
MATHEMATICS "T" - B
CHEMISTRY - B
BIOLOGY - A

so,, 2A,2B, kenapa nk B? kerana kalau dpt B tu dah kire genius dah syg oi,, n target mesti realistik,, aku bukan gila untuk target A semua tapi sendiri tahu diri ni tak mampu,, jadi,, di sinilah aku sekarang,, dan inilah yg aku akn kejar hingga awal disember nnt,, bersusah payah melangkah dan berlari agar dpt terbang ke Fakulti Perubatan Veterinar UPM julai tahun hadapan,, aku membawa harapan diri sendiri,, impian mak aku,, dan semangat family,,

aku perlu kerja keras,, untuk mereka dan masa dpn aku sendiri,,







AKU TAK BOLEH GAGAL

Thursday, February 11, 2010

RiNtiHaN (aku obses dgn STPM)

assalamualaikum,,

dari pandangan org2 yg x tahu,, tingkatan enam kelihatan sangat mudah dan merilexkan,, pelajar sekolah la katekan,, so msti x bz mcm budak metrik or foundation.. tapi kenyataannya adalah 100% bukan seperti itu,,walaupun kami tidak tinggal di hostel dan balik rumah hari2,, macam kat SMK Ledang tmpt aku amek fom6 ,, kami biasanya balik pukul 1.10 pm or paling lewat pn pkul 2.40 pm,, jadi nmpak simple kan? balik cepat,, lagipun boleh bawak henset utk dgr muzik mase bosan2 or mase wt omwork,, n ckgu dah anggap kite mcm kawan je,, sbb kite dah jadi yg paling besar di sekolah,, tapi sepatutnye bukan stakat jd senior, kene lah jadi matured jugak,, fact yg lain ialah budak fom 6 mmg jauh x matured kalau nak dibandingkn dgn pelajar u or metrik,, ini kenyataan,, surrounding factor la kn,,

dan di sini ada kenyataan yg lain,, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia merupakan satu exam yg sgt2 susah serta memerlukan kegeniusan yg teramat2 tinggi,, (tidak bermakna aku genius k), selain tu, fokus dan konsentrasi x boleh hilang walaupun 1 hari,,

syllabus dye mmg byk n berat2,, sgt complicated dan berproBABIlity tinggi untuk membuat otak mengelegak dan telinga berasap,, rambut kejung dan diserang masalah tidak cukup mase (24 jam tu x cukup,, padahal einstein pn cuma ade 24 jam je sehari kn),, sentiasa rase bz semacam,, byk bende nk kene buat dlm mase sehari,,

sbnrnye,, sitting for STPM is like putting all your eggs in one single nest,, it's either full efforts or zero effort,, sbb all the things that u had studied (sepatutnye lah) for the past 18 months will be tested on one single exam,, xde sem2 mcm metrik or u,, mcm diorg ade midsem n final sem exam,, tapi kami xde,, juz sekali exam je utk satu2 subjek tu,, paling lame pn juz 3 hours je for one single paper,, so,, antara budak 4 principle A STPM sains dgn budak pointer 4.0 metrik n foundation, yg mane lebih genius?? lu pikir la sendiri,,

sebab tu lah pelajar senang sgt gagal di STPM sains,, tapi susah untuk berjaya,,

mengapa aku x habis2 post pasal STPM? sbb dari hari ke hari aku menjadi semakin obses dgn peperiksaan ni,, post kali ni berpunca drpd rase stress aku sbb Penilaian Korikulum 1 dh nk dekat,, on the second day of schooling after a week of CNY holiday,, dan untuk bio n chem,, sume lower six's syllabus will be included,, so ak bakal menjadi panas baran again,, ??!! sbb tensen la, @$##!%%%##!!!

cabaran yg terbesar ialah ble masuk fom6,, ak duduk rumah,, sukahati aku lah nk study ke x,, nk g lepak2 je,, or nk berjalan kehulu-hilir round2 naik scoot,, became a couch potato in front of the TV or biarkan kaki kebas akibat duduk terlalu lame menghadap lektopku yg hensem ni,, atau duduk ngadap reban kucing kat blakang rumah dgn hembusan angin sepoi2 bahasa yg mendamaikan.. pilihan sendiri,, aishh,, tapi untuk memudahkan hidup aku pada tahun depan aku kene struggle kan?

aja-aja fighting!!!

Bismillahirrahmanirrahim,,
on your mark,, get set,, go!!!


Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia,,
22 November hingga 14 Disember 2010,,
here i come!
well,, what the mind can conceive and believe it can achieve,,.
hold fast to dreams, for if dreams die, life is a broken-winged bird that cannot fly!


erm,, saje nk tanye,, if there were dreams to sell,, what would you buy??

Tuesday, February 9, 2010

jatuh moto lagi!

assalamualaikum,,

sebelum ape2,, tlg simpan rahsia ni,, sbb mak aku x tahu lg,, n aku xnk bgtau dye,, nnt kne lecture,, *_*

tadi,,, on the way nk balik rumah,, dlm pkul 1.20 pm, aku telah,, ehem2,,

ehem2 bermaksud ape?

aku telah terjatuh dari moto dgn sendirinya buat kali yg ke 3,,
itulah padahnye membawa scooter,, tayar kecik n xleh laju2 sgt kat corner,, slh diri sendiri,,