Friday, March 12, 2010

kerja keras,,


assalamualaikum,,

semlm keputusan spm 2009 keluar,, terkenang spm aku dulu,, tersenyum sendiri dan tiba2 terasa tak sabar pula untuk mengambil rezult stpm 2010 nnt,,

aku bermula dgn keputusan SPM yg biasa2, dulu aku rase 9A tu cemerlang betul,, tapi,, setelah masa berlalu dan pengalaman meningkat,, akhirnya persepsi aku bertukar, kini,, bagi aku,, 9A itu taklah secemerlang mana kerana ia hanya SPM yg grafnye mungkin direndahkan mengikut ogive markah keseluruhan peringkat kebangsaan,,

hari ini,, aku dikaburkan dgn STPM,, bg aku,, STPM ialah 1 peperiksaan yg sgt berkualiti kerana ianya betul2 sukar dan challenging, jadi,, aku akn tetap di sini, mencongak hari-hari yg mendtg dgn harapan untuk cemerlang bg peperiksaan stpm 2010 november nnt,

sejak kecil hingga pertengahan 2009, aku x pernah terfikir pun yg aku akn masuk ke tingkatan 6 untuk ambil STPM,, 4 subjek yg jumlahnya sikit itu terasa begitu berat untuk dijunjung,, tapi aku tahu,, aku boleh, ianya tak sesukar mana kalau kita rajin,, rajin bertanya dan rajin berusaha,,

target aku = PENGAJIAN AM - A
MATHEMATICS "T" - B
CHEMISTRY - B
BIOLOGY - A

so,, 2A,2B, kenapa nk B? kerana kalau dpt B tu dah kire genius dah syg oi,, n target mesti realistik,, aku bukan gila untuk target A semua tapi sendiri tahu diri ni tak mampu,, jadi,, di sinilah aku sekarang,, dan inilah yg aku akn kejar hingga awal disember nnt,, bersusah payah melangkah dan berlari agar dpt terbang ke Fakulti Perubatan Veterinar UPM julai tahun hadapan,, aku membawa harapan diri sendiri,, impian mak aku,, dan semangat family,,

aku perlu kerja keras,, untuk mereka dan masa dpn aku sendiri,,







AKU TAK BOLEH GAGAL

Thursday, February 11, 2010

RiNtiHaN (aku obses dgn STPM)

assalamualaikum,,

dari pandangan org2 yg x tahu,, tingkatan enam kelihatan sangat mudah dan merilexkan,, pelajar sekolah la katekan,, so msti x bz mcm budak metrik or foundation.. tapi kenyataannya adalah 100% bukan seperti itu,,walaupun kami tidak tinggal di hostel dan balik rumah hari2,, macam kat SMK Ledang tmpt aku amek fom6 ,, kami biasanya balik pukul 1.10 pm or paling lewat pn pkul 2.40 pm,, jadi nmpak simple kan? balik cepat,, lagipun boleh bawak henset utk dgr muzik mase bosan2 or mase wt omwork,, n ckgu dah anggap kite mcm kawan je,, sbb kite dah jadi yg paling besar di sekolah,, tapi sepatutnye bukan stakat jd senior, kene lah jadi matured jugak,, fact yg lain ialah budak fom 6 mmg jauh x matured kalau nak dibandingkn dgn pelajar u or metrik,, ini kenyataan,, surrounding factor la kn,,

dan di sini ada kenyataan yg lain,, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia merupakan satu exam yg sgt2 susah serta memerlukan kegeniusan yg teramat2 tinggi,, (tidak bermakna aku genius k), selain tu, fokus dan konsentrasi x boleh hilang walaupun 1 hari,,

syllabus dye mmg byk n berat2,, sgt complicated dan berproBABIlity tinggi untuk membuat otak mengelegak dan telinga berasap,, rambut kejung dan diserang masalah tidak cukup mase (24 jam tu x cukup,, padahal einstein pn cuma ade 24 jam je sehari kn),, sentiasa rase bz semacam,, byk bende nk kene buat dlm mase sehari,,

sbnrnye,, sitting for STPM is like putting all your eggs in one single nest,, it's either full efforts or zero effort,, sbb all the things that u had studied (sepatutnye lah) for the past 18 months will be tested on one single exam,, xde sem2 mcm metrik or u,, mcm diorg ade midsem n final sem exam,, tapi kami xde,, juz sekali exam je utk satu2 subjek tu,, paling lame pn juz 3 hours je for one single paper,, so,, antara budak 4 principle A STPM sains dgn budak pointer 4.0 metrik n foundation, yg mane lebih genius?? lu pikir la sendiri,,

sebab tu lah pelajar senang sgt gagal di STPM sains,, tapi susah untuk berjaya,,

mengapa aku x habis2 post pasal STPM? sbb dari hari ke hari aku menjadi semakin obses dgn peperiksaan ni,, post kali ni berpunca drpd rase stress aku sbb Penilaian Korikulum 1 dh nk dekat,, on the second day of schooling after a week of CNY holiday,, dan untuk bio n chem,, sume lower six's syllabus will be included,, so ak bakal menjadi panas baran again,, ??!! sbb tensen la, @$##!%%%##!!!

cabaran yg terbesar ialah ble masuk fom6,, ak duduk rumah,, sukahati aku lah nk study ke x,, nk g lepak2 je,, or nk berjalan kehulu-hilir round2 naik scoot,, became a couch potato in front of the TV or biarkan kaki kebas akibat duduk terlalu lame menghadap lektopku yg hensem ni,, atau duduk ngadap reban kucing kat blakang rumah dgn hembusan angin sepoi2 bahasa yg mendamaikan.. pilihan sendiri,, aishh,, tapi untuk memudahkan hidup aku pada tahun depan aku kene struggle kan?

aja-aja fighting!!!

Bismillahirrahmanirrahim,,
on your mark,, get set,, go!!!


Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia,,
22 November hingga 14 Disember 2010,,
here i come!
well,, what the mind can conceive and believe it can achieve,,.
hold fast to dreams, for if dreams die, life is a broken-winged bird that cannot fly!


erm,, saje nk tanye,, if there were dreams to sell,, what would you buy??

Tuesday, February 9, 2010

jatuh moto lagi!

assalamualaikum,,

sebelum ape2,, tlg simpan rahsia ni,, sbb mak aku x tahu lg,, n aku xnk bgtau dye,, nnt kne lecture,, *_*

tadi,,, on the way nk balik rumah,, dlm pkul 1.20 pm, aku telah,, ehem2,,

ehem2 bermaksud ape?

aku telah terjatuh dari moto dgn sendirinya buat kali yg ke 3,,
itulah padahnye membawa scooter,, tayar kecik n xleh laju2 sgt kat corner,, slh diri sendiri,,

Friday, February 5, 2010

kembali seperti mana awalnya,,

assalamualaikum,,

pelik x header aku? "NoRaHaMiM,,",, entah,, aku tiba2 jadi obses dgn parents sendiri,, hee,, hinggakan aku amek photo wedding diorg n letak dlm wallet,, so ble bkak je wallet aku,, nmpk lah de s'pasang pengantin duduk bersanding,, yg perempuan tu cantik sgt,, lelakinye pulak hensem gler,, hee,, songket purple,,

zaman itu,, mungkin impian mereka lebih besar dari dunia ini,, tapi semuanya musnah di tgh jln,, nasib baik aku sempat lahir sblm semuanya berkecai!, alhamdulillah,,

jadi apa yg tinggal dari perkahwinan itu? cuma aku saja,, aku je yg tinggal,, jadi aku kne lah blajar rajin2,, then masuk U,, n keje bagus2,, pastu ley jage diorg n bg diorg sng ble tua nnt,, semoga Allah pnjgkn umo mama, baba n abah,, amin,,

kerana aku dah terlalu derhaka masa muda2 ni,, so mesti balas jasa diorg ble dah kije nnt,,

entah,,
mengapa tiba2 aku post bende yg mcm ni,,
m'b sbb aku rindu kot,,
nk tahu apa impian aku yg paling besar?
aku nak ambil gambar dgn mama n baba,,
aku kat tgh2,, then kiri n kanan ade diorg,,
msti xde org yg berimpian cmni kn?
aku jerk,, erm,, yela,, sbb ak je yg diorg ade,,

tp ak syg mama begande2 lbeh byk drpd baba,,

salam,,

Sunday, January 31, 2010

life is a journey,,

assalamualaikum,,

di pagi2 ahad yg hening ni aku tbe2 ber-mood utk type sesuatu,,

aku rasa hidup ni mcm satu perjalanan yang banyak simpang2,, jln lurus bererti meneruskan apa yg sedang dilakukan,, simpang ke kanan bererti membuat satu pilihan yg baik,, tp simpang ke kiri pula menggambarkan satu kesilapan dlm memilih,, jadi aku? mcm mana jln hidup yg aku dah lalui,, aku nk memuhasabah diri sambil bercerita pada kalian,,

perjalanan ini dimulakan secara biasa2 saja,, mungkin ramai yg seperti aku,, memulakannya dgn pergi ke tadika,, kemudian aku ke sekolah rendah,, satu jalan lurus bagi aku kerana tiada pilihan lain yg wujud,, then aku ke sekolah menengah harian biasa yg agak cemerlang di daerahnya,, yg ini aku memilih,, tapi tanpa banyak berfikir memandangkan kementahan usia semuda 13 tahun, aku memilih untuk masuk ke Kelas Aliran Agama di mana ada tambahan 1 subjek iaitu Bahasa Arab komunikasi,, dan aku cemerlang dalam semua subjek kecuali Bahasa Arab Komunikasi tadi,, jadi aku menyesal?? ya! why not,, untuk PMR pun aku hanye dpt C utk BA,, tapi kawan2,, bila difikir2kan balik,, aku patut bersyukur sbb berpeluang menyebut2 dan menghafal2 bahasa syurga,, "uhibbul lughatul arabiah" ok i lie! tapi aku patut rasa mcm tu kan?

setelah PMR,, aku masuk ke simpang kiri lagi, di mana aku meneruskan kedudukanku di persada Kelas Aliran Agama, dgn 3 subjek untuk org alim2 dan berhati jernih,, iaitu Quran Sunnah,, Bahasa Arab Tinggi dan Pendidikan Syari'ah Islamiah,, dan pada tahun 2007 itu,, aku betul2 gagal dalam segala2nya kecuali untuk ujian JPJ lesen motosikal,, pada tahun yg gelap itu aku jadi malas kerana terlalu banyak subjek yg perlu distudy,, tambah pulak dgn kebodohan aku menjalinkan hubungan cinta dgn seorg lelaki yg tidaklah sehensem mana,, satu pembaziran dalam hidup aku! ok2,, ini faktor kementahan umur lagi,, banyak masa dihabiskan dgn SMS dan chatting,, byk duit dihabiskan utk tambah nilai kredit henset aku dan byk air mata dibazirkan kerana cemburu, rindu dan sayang yg ter'sgt2,, dan itulah kebodohan aku yg paling besar,, di mana lelaki itu skrg? ada,, masih hidup,, walaupun aku pernah rasa macam hendak membunuhnya suatu waktu dulu,, tapi aku bangga,, sbb aku yg tinggalkan dia,, ia simbolik,, tinggalkan dia bererti aku tinggalkan kebodohan dan pembaziran,, 2007 tahun kegelapan,,

2008,, aku nak SPM,, sebab aku dah gagal untuk tahun yg sebelumnya jadi aku betul2 nk berubah,, langkah pertama ialah dengan meminta pandangan drpd seorg kwn yg agak genius pd pndangan aku (En. MYZ),, walaupun dia juga tidak berapa cemerlang untuk 2007 kerana ada sedikit konflik yg berlaku , tapi aku tahu dia sebenarnya geliga dan akn berfikir betul2 jika sesuatu itu berkaitan dgn aku,, so dgn nasihatnya, aku tinggalkan aliran agama,, masuk ke aliran sains biasa,, dan ini simpang ke kanan! yeah!,, perjuangan mengejar SPM 2008 betul2 memenatkan sampai aku pernah berfikir yg semua ni berbaloi ke,, bayangkanlah,, aku bersekolah 7 hari seminggu,, tiada istilah cuti sabtu ahad,, dan hasilnya bolehlah dikatakan berbaloi juga,, aku dpt ape yg aku nak, dan boleh apply ape2 kos yg aku nak,, dan kesalahan aku ialah aku pilih UIA untuk upu tanpa berfikir panjang,, aku pilih uia sbb nk glamor! betul, ini fakta,, budak uia,, knp glamor? sbb masa tu aku suka giler dgn novel islamik,, mcm ayt2 cinte,, ketika cnta bertasbih,, syabab musafir kasih,, seindah mawar berduri,, hatiku milikmu dan tautan hari,, so aku ni mcm nak carik Asiah Yusra di uia,, aish,, masih mentah jugak diri ini walaupun dah 17 tahun.. dan ia simpang ke kiri,, aku x boleh sesuai di uia,, kerana aku dah tahu yg lps PJ aku kene pergi Kampus Kuantan,, aku tak suka itu,, makin jauh dari rumahku nnt,, mcm mana aku nk balik selalu?,,

dgn penuh keyakinan,, aku masuk ke simpang lain,, aku tidak meneruskan jalan di uia tadi,, dan aku belum pasti lg sama ada ia simpang ke kiri atau ke kanan,, aku skrg masih dalam perjalanan menuju ke STPM 2010,, perjalanan yg berliku2 serta berduri2,, tapi aku kuatkan semangat,, bagaimana akhirnya pilihan yg satu ini,, Tuhan saja yg tahu,,

semoga kalian turut berfikir2 tentang perjalanan kalian juga,,
wassalam,,

Thursday, January 28, 2010

aku semakin,,,

assalamualaikum,,

agak lama jugak aku menyepi dari laman indah ini,, bukan sebab hilang arah tapi cuma mencari diri sendiri di alam nyata yg terumbang-ambing dihanyut jarum jam yang tidak pernah tahu erti kepenatan,, hanya aku saja yg lelah tercungap-cungap mengejar detik2 yang makin lama makin laju menderu-deru,

kepada yg kurang tahu dan kurang mengenali diri ini, aku ialah seorg pelajar tingkatan enam aliran sains (bio-chem) yg belum berjaya, aku bukan seperti mereka2 lain yg masuk tingkatan enam kerana takde peluang lain,, suatu ketika dulu bibir ini pernah tersenyum senget apabila menerima tawaran matrik, tawaran asasi UIA Pj serta tawaran biasiswa PIDN JPA,, tapi aku yg pilih untuk masuk ke tingkatan enam atas desakan2 yg aku sendiri tak faham pada waktu itu,, tapi ,, pada januari 2010 ini,, aku telah menyedari 1 fakta yg membuatkan aku merasa lega dgn ape yg aku dah buat,, fakta yg menghilangkan segala sesalan yg mula menggunung,, aku tidak lagi rasa bodoh kerana memilih tingkatan enam,, dan aku tidak lagi malu untuk memberitahu siapa2 sahaja yg aku ni budak fom6,

mengapa?

  • kerana bukan tingkatan 6 yg pilih aku tapi aku yg pilih tingkatan 6,
  • kerana tingkatan 6 aliran sains merupakan sesuatu yg sgt berat dan banyak ank melayu yg tidak mahu serta rasa tidak mampu, jadi aku nak cuba pecah rekod,, haha ( saje2 )
  • kerana aku ni taklah bodo sgt rasenye,, kalau rajin aku mesti boleh pakai rzult STPM ak tuk apply degree nnt,
  • kerana hari2 boleh balik rumah,, x payah duduk hostel, ( x homsik serta ade byk kucing yg perlu aku jaga di rumah ini )
  • kerana STPM ialah bende susah yg sgt2 berkualiti,
  • kerana aku dah start pegi tuisyen Mathematics T ( alasan yg x brpe logik )
  • kerana aku dah mule faham bende BIO yg bebelit2 tu,,
  • kerana tahun ni,, aku dpt seorg ckgu kimia yg sgt2 bagus dan sgt2 berpengalaman,
  • kerana aku sudah mula jatuh cinta dgn STPM itu sendiri
  • kerana aku syg sume classmate aku
wah,, panjang sungguh alasan ye,, entah la,, hati ni mula gembira di SMK Ledang, Tangkak. tempat di mana aku mula belajar-belajar untuk menjalinkan hubungan rapat dgn kaum2 lain yg bukan melayu ,, serta aku banyak belajar tentang kehidupan dari mereka,, aku ade 1 pesanan kpd ank2 melayu di luar sana yg katanya bersifat "kemelayuan" yg teramat sangat (perkauman!, psst : dulu aku juga sgt racist),, jgn rasa kita yg terbaik sebab kalian belum kenal kaum2 lain by heart lagi, mereka juga sama mcm kita,, manusia yg lahir di bumi bertuah ini, kalau kalian tak suka sebab datuk nenek mereka dulu dtg dr india dan china,, kalian kejam, sebab itu moyang2 mereka, walhal mereka dtg dari sini,, MALAYSIA, aku pelik betul bila ade org2 melayu yg ckp mcm ni.. "alah, cina! ",, "alah, india!",, kenapa dgn mereka? kawan2,, mereka juga manusia,, kita ni hidup di malaysia pada zaman dah merdeka,, jadi,, tolonglah terima kenyataan, kalau tidak kalian takkan hidup tenang sebab sentiasa naik darah bila kuota mereka di mana2 institusi dinaikkan ,, memang ada dlm kalangan kaum mereka yg anti-melayu jugak, tapi tak perlu marah,, sebab sama aje dgn kite,, org melayu pn ada yg anti bkn melayu,, jadi fair lah kn? atau tak boleh? sudahlah,, terima saja kenyataan,,





walaupun aku sendiri x faham dgn konsep gagasan 1 malaysia,, tapi ramai org melayu x puas hati dgn konsep ni,, kenapa ye? baiklah,, aku mengaku yg aku x baca surat khabar, serta x baca blog2 berbau politik so aku x tahu kenapa org mlayu ramai marah dgn konsep ni,, aku ?? entah, aku no komen sbb aku x faham pun konsep ni,, yg aku tahu,, perpaduan tu penting,,

sekian,,
wassalam,

Tuesday, December 29, 2009

berumur 18 tahun,,

assalamualaikum,,

bila difikir2kan ,, terasa aku ini semacam sudah tua saja,, yela,, aku menjerit buat kali yg pertama pada penghujung julai 1991,, kini kenangan itu sudah 18tahun berlalu, dan aku pun sudah tidak ingat dgn saat itu,, yg aku tahu cuma tarikhnya kerana ada tertulis dalam sekeping kertas yg dicop oleh pegawai hospital,, serta sudah tentu aku tahu hospital apa,, alah,, yg besar sekali di melaka tu,, tapi tentunya hak milik kerajaan,, itulah tempat pertama di dunia ini yg aku pergi dan kadang2 masih pergi untuk melawat kenalan2 yg ada masalah kesihatan atau baru melahirkan,,

kemudian aku dibawa oleh ibu dan ayah ke KG CHIN-CHIN,, di situ aku bertukar dari seorg bayi kepada seorg kanak2 ,, terus menetap di situ walaupun setelah ibu dan ayah tidak lagi bersama,, menjalani hari2 ceria zaman kanak2 bersama sepupu dan kawan2 sekampung,, indahnya tidak terkata dan sudah tentu nakalnya juga tidak terbayang dek kamu semua,, haha,, aku melewati zaman kanak-kanak tanpa banyak berfikir,, dari tadika lagi aku sudah mula buat hal,, hal ape? hal xnak pergi tadika,, sebab homsik,, adakah anda percaya,, pada tahun 1997 aku dah mula menyemai benih2 "anak manja yg spoil" di dlm diri ini,, iya,, tak sungguh aku tak kata,, akibatnya aku dipindahkan ke tadika lain yg lebih dekat dgn sekolah tmpt mak aku mengajar,, seperti biasa,, aku tetap buat hal,, tapi mak aku tetap tinggalkan aku di tadika itu sendirian dan akhirnya aku belajar erti "keterpaksaan".. (tadika padang lerek 1 dlm kenangan)

setelah konvo di tadika,, aku menjadi lebih tinggi dari sebelumnya dan makin rupa anak cina,, haha,, dilema kedua muncul di depan mata!! ALAM SEKOLAH RENDAH,, walaupun masa tu mak aku mengajar di sekolah yg sama tapi aku berada dalam kelas aku sendiri,, jadi aku pun menjadi homsik lagi,, aish,, kenapalah aku menjadi ank manja?? aku selalu menangis di kelas kerana mahukan mak aku,, kalau mak aku pergi kursus n takde kat skolah lagi la aku berendam dgn air mata,, awan selalu mendung dan hujan selalu turun,,, (anda faham?haha) masa tu,, aku seorang kanak2,, tak perlu gelakkan aku ok! kamu juga banyak menangis di zaman itu,,

Sekolah Kebangsaan Ledang yg merupakan sekolah rendah tertua di daerahnya dan mungkin juga yg paling berhantu adalah tmpat di mana aku mula mengira dan menulis di buku,, juga tmpat aku belajar berkawan dgn org2 yg turut kecil sepertiku ketika itu,, dan di situlah juga aku berkenalan dan berkawan dgn seorang kanak2 lelaki yg sgt kecil,, walaupun ketika itu aku tidaklah sebesar mana tapi dia tetap lebih kecil dari aku dan org lain,, tapi dia bijak, sekarang aku nak cerita pasal dia,

tak banyak yg aku ingat tentangnya masa sekolah rendah kerana aku lebih banyak berkawan dgn budak2 perempuan yg gedik masa tu,, yg sekarang kalau aku tengok diorang aku jadik meluat,, (OMG! budak2 pempuan itukah kawan aku dulu??) cuma ada 2 perkara je yg aku sangat ingat tentang budak lelaki itu,, pertama,, ketika kami di darjah 2 sebiji telur telah tumbuh dari kepalanya kerana dia tertumus di longkang! wah,, itulah yg kita org2 melayu panggil "benjol",,, dan yg kedua ialah ketika dia membuat persembahan bercerita di atas pentas dgn mngenakan sepasang baju melayu,, ceritanya bertajuk "QARUN",, sejujurnya aku betul2 ter"fascinated" dgn cara dia bercerita,, itulah saja yg aku ingt,, oh! ada lagi satu,, kami sama2 ditangkap kerana meniru untuk ujian ketika berumur 11 tahun,, ye,, itu paling kelakar,, sudah la untuk subjek yg x penting pun ,, Kajian Tempatan, x masuk dalam UPSR pun,, mungkin kami belum berotak sangat masa tu,, dan kami sama2 meninggalkan sekolah rendah dgn kejayaan,, tapi takde ape nak bangga,, cuma UPSR saja,, x boleh pakai nak mntk masuk U pun,

setelah itu,, aku maju setapak lagi dalam hidup,, melangkah ke sebuah sekolah menengah yg nampak besar dan asing,, dan kawan2 dari sekolah rendah dulu masih ada tapi bukan semua,, dan dalam ramai2 mereka , budak lelaki itu tetap ada,, dan belum besar lagi,, hee,,

hidup aku di sekolah menengah dibayangi oleh dia,, di setiap tingkatan dan di setiap penjuru,, dari tingkatan satu lagi,, dia sentiasa ada untuk membantu aku dalam apa2 perkara pun,, tidak kira apa,, sungguh,, apa2 pun dia akn tolong aku, baiknya dia ,, tapi baru sekarang aku sedar setelah dia sudah jauh dan membelok ke jalan lain,, aku juga membelok ke arah lain dan kami perlu meneruskan jalan kami sendiri,, (aku terasa mcm nak nyanyikan lagu aizat yg berjudul "pergi" untuk budak lelaki itu) dia kawan baik aku yg paling baik,,


post ni sebenarnya aku dedikasikan untuk budak lelaki itu,, yg sekarang sudah lebih tinggi dari aku,, ye,, dia sudah besar dan belajar berdikari,, aku kagum kerana dia dapat mengawal dan melawan homsiknya dgn baik, walaupun dia tidak pernah cerita tapi aku kenal dia, ,,aku harap dia berjaya mengejar cita2nya yg sbnrnye sama dgn cita2ku yg tidak kesampaian,, (sadis) kerana aku ditewaskan oleh homsik ku sendiri,,

akhir kata,, SelaMat HaRi LaHir Encik MYZ! semoga panjang umur,, murah rezeki,, dan berjaya menjadi seorang Dokter yg hensem,, terima kasih sbb kawan dgn aku,, n byk tolong aku,,

Monday, December 28, 2009

ku temui pelangi di akhir2 cuti,

assalamualaikum,,

seperti yg sume rakyat mesia sedia maklum,, cuti sekolah dah nak berakhir ,, dan sebagai seseorg yg masih perlu duduk di bangku sekolah pada 2010 nanti aku berasa sangat tidak gembira,, hai,, walaupun aku sudah cukup rilek dan melepak2 di rumah tapi still xnak bgn pagi2 tuk merempit nak rebut tmpt parking,, vroom,,

tapi sebenarnya,, aku betul2 menikmati cuti kali ni dgn sedalam2nye dan sekarang aku boleh senyum seiklas2nya bila memikirkan detik2 yg aku tinggalkan selama sebulan yg sudah,, penuh dgn segala rencah kehidupan,

hati rasa mcm nk kongsi semuanya dgn kalian tapi mungkin "ceritera cuti tiara" ini akn menjadi panjang berjela dan kalian pun nnt letih membaca,, jadi aku fikir, baik tidak payah,, biar ia menjadi rahsia aku yg paling berharga,

apa yg aku ada untuk kalian?? =)
cerita 2009 aku,, dalam penyusunan yg x berapa detail,,

2009 gave me a very warm introduction,,, i got a work,, a scooter n a pair of hamsters.. all of that in january,, n not to forget happy moments when my friends n i hanging around together n catch some movies like bedtime stories and inkheart,,

february, march and april??,, huhu,, aku lebih fokus pada kerja aku sebagai seorg pekerja kentin yg berjaya dan bergembira bersama kawan2,, poket sentiasa penuh dgn gaji 500 sebulan,, dan dpt rezult SPM yg membahagiakan. lalala,, petang2 lps blk kije aku duduk lepak2 dgn zawir yg jugak baru abes keje kat ko-op sambil bercerita mengenai gosip2 di sekolah dan tangan aku tidak puas2 mem"bluetooth" theme dan lagu2 best dr hensetnye,, erm,, suatu memori sebenarnya,,

may? aku mula berfikir untuk berhenti kerja,, dan aku betul2 berhenti akhirnye, setelah cuma tinggal seminggu lagi sebelum aku mendaftar di uia pj,,

jun dan julai,, aku selalu berendam dgn air mata dan tiap2 minggu aku akn pergi pudu untuk balik tangkak dari PJ, pada suatu tahap yg kritikal. aku terfikirkan sesuatu,, dan sekarang,, aku betul2 sedang menjalani apa yg aku fikirkan saat itu,, indah? tidaklah seindah yg disangka tapi lebih baik rasanya dari hidupku di UIA dulu,,

ogos,, aku mula menjadi seorg pelajar sekolah semula,, tanpa sebarang semangat sebenarnya,,
perkara ini berterusan dari ogos hingga november,, lepastu aku start gembira kerana cuti dah mula,,

dan kini,, cuti bakal berakhir,, kalian tak perlu risau kerana aku dah dapat semangat!!!!!!!!!

aja-aja fighting!!!

Sunday, December 20, 2009

renungan pagi,,



assalamualaikum,,

buntu , buntu dan buntu,, celaru,,

aku sebenarnya masih dalam dilema itu,, rasa mcm nk tinggalkan rumah dan belajar menjadi dewasa, berdikari dan matang sendiri,, tapi bila fikirkn yg mak aku nnt sorg2 kat umah ni,, rse mmg x sampai hati untuk pergi,, erm,, sampai bila aku nak duduk di rumah saja? rasanya,, sampai bila2,,

aku kena terima kenyataan yg sekarang sume org pntingkan pendidikan,, berebut2 nk masuk u dan pergi memajukan hidup, aku bukan xnak pergi,, tapi aku tak boleh,, hati aku ade kat sini,, aku bukan x prnh cuba untuk pergi jauh,, dah,, tapi tak boleh, setiap detik aku akn fikirkan rumah,, aku bukan susah nk berkawan ,, walaupun payah mencari sahabat tapi kalau setakat "kawan" biasa untuk borak2 dan menghiasi waktu2 ceria , senang aje aku nk cari,, tapi homesick aku akhirnye membawa aku pulang ke sini,, tempat di mana aku dah habiskan 6 tahun dari hidup ini,, aku tak mahu pergi!

degree? TAKPE ,, aku akn usahakn fom6 dulu dan kemudian baru aku fikirkn nak ke mana selepas STPM,, sama ada nak kejar cita2 aku tuk menjadi "DR VET" atau menyambung degree d MMU Melaka saja,, dekat dan boleh duduk rumah,,

tapi aku dah apply UPU,, erm,, aku hanya mencuba nasib tapi bukan test market ye,, kalau dapat nnt mungkin aku xkn pergi pun atau mungkin aku terpaksa pergi,, biarlah aku jalani kehidupan yg sedia ada ini dulu,, tak perlu mendramatasikan keadaan dengan lamunan kosong,, usah buang waktu,


aku kejar STPM 2010,, insyaALLAH,,



Friday, December 18, 2009

1431 hijrah,,





assalamualaikum,,

a new beginning,, a new life,,

salam maal hijrah untuk sume,,

sebagai seseorg yg dah byk kali memilih jln yg salah,, melangkah masuk ke pintu2 yg tidak sepatutnya,, pastinya aku berazam untuk sesuatu yg lebih baik tahun ini,,

walau hati rasa gelisah dan keinginan untuk lari mencari jln lain membuak2 dlm jiwa.. jauh dr dlm diri aku,, ada 1 suara yg meyakinkan untuk aku meneruskan perjalanan ini tanpa berpatah balik atau membelok kearah lain,, aku pasti,, segala sesuatu yg dicaturkan ALLAH memang ada hikmahnya,, namun sebagai manusia biasa aku kadang2 terlupa, alpa serta leka dgn penyesalan dan kekecewaan,,

impian? mungkin org tgk aku mcm xde cita2,,



aku sebenarnya ingin menjadi seseorang,, yg mungkin pada pandangan kalian tidaklah sehebat mana,, saat ini,, aku nak mengaku pada diri aku sendiri dan kalian semua yg aku bercita2 untuk menjadi seorg "Dokter Haiwan",, aku mengimpikan segulung ijazah dalam kursus "Doktor Perubatan Veterinar" dari UPM,, jadi bagaimana? jauh lagi perjalanannya,,

mengapa dokter haiwan? kerana aku nak buat bende yg aku minat aje,, aku xnak in the future nanti aku pergi kerja dgn keterpaksaan,, aku xnak buat kerja yg aku x minat,, sebab bagi aku,, untuk iklas kene ade minat,, bkn buat sbb terpakse,, bkn pergi kerja juz sbb nk dpt gaji,,

so dalam konteks ni,, minat aku ialah "haiwan" itu sendiri,, yg comel mahupun tidak,, mereka sungguh2 kiut bagi aku,,




jadi sekarang,, aku perlu kejar cita2 itu,, my dream job,, that's why,, from now on,, i'll change my blog header from the legendary "kucing kejam" to the ambitious "dreamer",, well,, i believe that dreams can come true , but lots of things should be done n not to forget those that need to be sacrificed,,

menukar mimpi menjadi realiti bukanlah semudah belajar berdiri,, tapi perlu jatuh, menangis, bangun dan berlari kembali!

diri ini ingin berkongsi dgn kalian semua tentang beberapa bait2 lagu yg mengembalikan semangat serta memulihkan rasa hopeless yg pernah mengetuk pintu hati sejak kebelakangan ini,,


OASIS : STOP CRYING YOUR HEART OUT

hold up, hold up,
you'll never change what's been and gone,

may your smile,

shine on,
don't be scared,
your destiny will keep you on,

cause all of the stars are fading away,
just try not to worry, you'll see them some day,
take what you need and be on your way,
and stop crying your heart out,




ROD STEWART : FAITH OF THE HEART

It's been a long road
Getting from there to here
It's been a long time
But my time is finally near

And I can feel the change in the winds right now
Nothing's in my way
And they're not gonna hold me down no more
No there not gonna hold me down

Cause I've got faith of the heart
I'm going where my heart will take me
I've got faith to believe
I can do anything
I've got strength of the soul
And no one's gonna bend or break me
I can reach any star
I've got faith
I've got faith
Faith of the heart

It's been a long night
Trying to find my way
Been through the darkness
Now I finally have my day
And I will see my dreams come alive at last
I will touch the sky
And they're not gonna hold me down no more
No there not gonna change my mind

Cause I've got faith of the heart
I'm going where my heart will take me
I've got faith to believe
I can do anything
I've got strength of the soul
And no one's gonna bend or break me
I can reach any star
I've got faith
Faith of the heart

I've known a wind so cold and seen the darkest days
But now the winds I feel, are only winds of change
I've been through the fire and I've been through the rain
But I'll be fine




WHITNEY HOUSTON : TRY IT ON MY OWN

I'm wiser now,
i'm not the foolish gurl you seems to know,
so long ago,,

i'm stronger now,
i've learned from my mistakes which way to go,
and i should know,
and i am not afraid to try it on my own,
i don't care if i'm right or wrong,
it's time for me to do it on my own,,

indah juga kalau kalian dapat search dan dengar irama, lagu dan nadanya sendiri,, hee,

walaupun hidup ni sebenarnya suatu kerja keras,,



but don't forget to ,, live life,, n love life,,

Thursday, November 26, 2009

housemate!

assalamualaikum,,

post pasal ikan2 yg lps meninggalkan 1 impak pd aku,, iaitu,, "perasaan syok berphotoblogging",,
haha,, tp kali ni,, pic ni sume aku x google k,, ak mek sndri taw,, original pnye,, hee,,

kali ni nk tunjuk member2 cute aku,, tp bkn sume ak smpt snap,, yg ni jerk la yg dpt,, de yg lain agi,, yg malu2 kucing tuh x dpt la ak nk abadikan kecomelan mereka,,



ENCIK LEBU





MIYU BERSIH





KECIK




SUSU TIME




ENCIK TABBY






KECIK





CLUMPING CAT LITTER





MAKANAN MIYU




KUNING






HALUS





TAM + HALUS




TAM






TOMOT










HALUS




MOMOK





ENCIK TABBY








CIK HALUS





ENCIK TOMOT





ENCIK TABBY




GEMUK





GEMUK

Sunday, November 22, 2009

LiVeLy FiShEs

assalamualaikum,,

i would like to introduce you to all the aquatic organisms that are now my roomates.. haha,, but they live in a different world from mine,, (the underwater world ) well,, for me it's ok as long as i don't have to compete with them for oxygen,,

i've bought a lot of fish,, some died after a few days n most of them survive,, later i'll show you all the survivors.. having a big aquarium in my room really changed my life,, when i watch the fishes swim happily to random directions in their own world, i feel calm,, its the best relaxation ever,, besides, the dropping of water and flowing of oxygen from the pump create a very refreshing sound,,

here are the survivors,, but i googled the picture k,, they're not the actual picture of my fish,, but they look alike because they're from the same species,,



TIGER BARB




GREEN TORTOISE




BALLOON MOLLY




HONEY GOUTAMI




WHITE GOUTAMI



RED PLATEY




SHUBUNKIN




RED SHUBUNKIN




PLECO (IKAN BANDARAYA )




ORANGE PLATEY




SPOTTED PLECO




GREEN SEVERUM




GOLDEN SEVERUM




ANGEL FISH





ALBINO TIGER BARB