Thursday, January 28, 2010

aku semakin,,,

assalamualaikum,,

agak lama jugak aku menyepi dari laman indah ini,, bukan sebab hilang arah tapi cuma mencari diri sendiri di alam nyata yg terumbang-ambing dihanyut jarum jam yang tidak pernah tahu erti kepenatan,, hanya aku saja yg lelah tercungap-cungap mengejar detik2 yang makin lama makin laju menderu-deru,

kepada yg kurang tahu dan kurang mengenali diri ini, aku ialah seorg pelajar tingkatan enam aliran sains (bio-chem) yg belum berjaya, aku bukan seperti mereka2 lain yg masuk tingkatan enam kerana takde peluang lain,, suatu ketika dulu bibir ini pernah tersenyum senget apabila menerima tawaran matrik, tawaran asasi UIA Pj serta tawaran biasiswa PIDN JPA,, tapi aku yg pilih untuk masuk ke tingkatan enam atas desakan2 yg aku sendiri tak faham pada waktu itu,, tapi ,, pada januari 2010 ini,, aku telah menyedari 1 fakta yg membuatkan aku merasa lega dgn ape yg aku dah buat,, fakta yg menghilangkan segala sesalan yg mula menggunung,, aku tidak lagi rasa bodoh kerana memilih tingkatan enam,, dan aku tidak lagi malu untuk memberitahu siapa2 sahaja yg aku ni budak fom6,

mengapa?

  • kerana bukan tingkatan 6 yg pilih aku tapi aku yg pilih tingkatan 6,
  • kerana tingkatan 6 aliran sains merupakan sesuatu yg sgt berat dan banyak ank melayu yg tidak mahu serta rasa tidak mampu, jadi aku nak cuba pecah rekod,, haha ( saje2 )
  • kerana aku ni taklah bodo sgt rasenye,, kalau rajin aku mesti boleh pakai rzult STPM ak tuk apply degree nnt,
  • kerana hari2 boleh balik rumah,, x payah duduk hostel, ( x homsik serta ade byk kucing yg perlu aku jaga di rumah ini )
  • kerana STPM ialah bende susah yg sgt2 berkualiti,
  • kerana aku dah start pegi tuisyen Mathematics T ( alasan yg x brpe logik )
  • kerana aku dah mule faham bende BIO yg bebelit2 tu,,
  • kerana tahun ni,, aku dpt seorg ckgu kimia yg sgt2 bagus dan sgt2 berpengalaman,
  • kerana aku sudah mula jatuh cinta dgn STPM itu sendiri
  • kerana aku syg sume classmate aku
wah,, panjang sungguh alasan ye,, entah la,, hati ni mula gembira di SMK Ledang, Tangkak. tempat di mana aku mula belajar-belajar untuk menjalinkan hubungan rapat dgn kaum2 lain yg bukan melayu ,, serta aku banyak belajar tentang kehidupan dari mereka,, aku ade 1 pesanan kpd ank2 melayu di luar sana yg katanya bersifat "kemelayuan" yg teramat sangat (perkauman!, psst : dulu aku juga sgt racist),, jgn rasa kita yg terbaik sebab kalian belum kenal kaum2 lain by heart lagi, mereka juga sama mcm kita,, manusia yg lahir di bumi bertuah ini, kalau kalian tak suka sebab datuk nenek mereka dulu dtg dr india dan china,, kalian kejam, sebab itu moyang2 mereka, walhal mereka dtg dari sini,, MALAYSIA, aku pelik betul bila ade org2 melayu yg ckp mcm ni.. "alah, cina! ",, "alah, india!",, kenapa dgn mereka? kawan2,, mereka juga manusia,, kita ni hidup di malaysia pada zaman dah merdeka,, jadi,, tolonglah terima kenyataan, kalau tidak kalian takkan hidup tenang sebab sentiasa naik darah bila kuota mereka di mana2 institusi dinaikkan ,, memang ada dlm kalangan kaum mereka yg anti-melayu jugak, tapi tak perlu marah,, sebab sama aje dgn kite,, org melayu pn ada yg anti bkn melayu,, jadi fair lah kn? atau tak boleh? sudahlah,, terima saja kenyataan,,





walaupun aku sendiri x faham dgn konsep gagasan 1 malaysia,, tapi ramai org melayu x puas hati dgn konsep ni,, kenapa ye? baiklah,, aku mengaku yg aku x baca surat khabar, serta x baca blog2 berbau politik so aku x tahu kenapa org mlayu ramai marah dgn konsep ni,, aku ?? entah, aku no komen sbb aku x faham pun konsep ni,, yg aku tahu,, perpaduan tu penting,,

sekian,,
wassalam,

No comments: