assalamualaikum,,
bila difikir2kan ,, terasa aku ini semacam sudah tua saja,, yela,, aku menjerit buat kali yg pertama pada penghujung julai 1991,, kini kenangan itu sudah 18tahun berlalu, dan aku pun sudah tidak ingat dgn saat itu,, yg aku tahu cuma tarikhnya kerana ada tertulis dalam sekeping kertas yg dicop oleh pegawai hospital,, serta sudah tentu aku tahu hospital apa,, alah,, yg besar sekali di melaka tu,, tapi tentunya hak milik kerajaan,, itulah tempat pertama di dunia ini yg aku pergi dan kadang2 masih pergi untuk melawat kenalan2 yg ada masalah kesihatan atau baru melahirkan,,
kemudian aku dibawa oleh ibu dan ayah ke KG CHIN-CHIN,, di situ aku bertukar dari seorg bayi kepada seorg kanak2 ,, terus menetap di situ walaupun setelah ibu dan ayah tidak lagi bersama,, menjalani hari2 ceria zaman kanak2 bersama sepupu dan kawan2 sekampung,, indahnya tidak terkata dan sudah tentu nakalnya juga tidak terbayang dek kamu semua,, haha,, aku melewati zaman kanak-kanak tanpa banyak berfikir,, dari tadika lagi aku sudah mula buat hal,, hal ape? hal xnak pergi tadika,, sebab homsik,, adakah anda percaya,, pada tahun 1997 aku dah mula menyemai benih2 "anak manja yg spoil" di dlm diri ini,, iya,, tak sungguh aku tak kata,, akibatnya aku dipindahkan ke tadika lain yg lebih dekat dgn sekolah tmpt mak aku mengajar,, seperti biasa,, aku tetap buat hal,, tapi mak aku tetap tinggalkan aku di tadika itu sendirian dan akhirnya aku belajar erti "keterpaksaan".. (tadika padang lerek 1 dlm kenangan)
setelah konvo di tadika,, aku menjadi lebih tinggi dari sebelumnya dan makin rupa anak cina,, haha,, dilema kedua muncul di depan mata!! ALAM SEKOLAH RENDAH,, walaupun masa tu mak aku mengajar di sekolah yg sama tapi aku berada dalam kelas aku sendiri,, jadi aku pun menjadi homsik lagi,, aish,, kenapalah aku menjadi ank manja?? aku selalu menangis di kelas kerana mahukan mak aku,, kalau mak aku pergi kursus n takde kat skolah lagi la aku berendam dgn air mata,, awan selalu mendung dan hujan selalu turun,,, (anda faham?haha) masa tu,, aku seorang kanak2,, tak perlu gelakkan aku ok! kamu juga banyak menangis di zaman itu,,
Sekolah Kebangsaan Ledang yg merupakan sekolah rendah tertua di daerahnya dan mungkin juga yg paling berhantu adalah tmpat di mana aku mula mengira dan menulis di buku,, juga tmpat aku belajar berkawan dgn org2 yg turut kecil sepertiku ketika itu,, dan di situlah juga aku berkenalan dan berkawan dgn seorang kanak2 lelaki yg sgt kecil,, walaupun ketika itu aku tidaklah sebesar mana tapi dia tetap lebih kecil dari aku dan org lain,, tapi dia bijak, sekarang aku nak cerita pasal dia,
tak banyak yg aku ingat tentangnya masa sekolah rendah kerana aku lebih banyak berkawan dgn budak2 perempuan yg gedik masa tu,, yg sekarang kalau aku tengok diorang aku jadik meluat,, (OMG! budak2 pempuan itukah kawan aku dulu??) cuma ada 2 perkara je yg aku sangat ingat tentang budak lelaki itu,, pertama,, ketika kami di darjah 2 sebiji telur telah tumbuh dari kepalanya kerana dia tertumus di longkang! wah,, itulah yg kita org2 melayu panggil "benjol",,, dan yg kedua ialah ketika dia membuat persembahan bercerita di atas pentas dgn mngenakan sepasang baju melayu,, ceritanya bertajuk "QARUN",, sejujurnya aku betul2 ter"fascinated" dgn cara dia bercerita,, itulah saja yg aku ingt,, oh! ada lagi satu,, kami sama2 ditangkap kerana meniru untuk ujian ketika berumur 11 tahun,, ye,, itu paling kelakar,, sudah la untuk subjek yg x penting pun ,, Kajian Tempatan, x masuk dalam UPSR pun,, mungkin kami belum berotak sangat masa tu,, dan kami sama2 meninggalkan sekolah rendah dgn kejayaan,, tapi takde ape nak bangga,, cuma UPSR saja,, x boleh pakai nak mntk masuk U pun,
setelah itu,, aku maju setapak lagi dalam hidup,, melangkah ke sebuah sekolah menengah yg nampak besar dan asing,, dan kawan2 dari sekolah rendah dulu masih ada tapi bukan semua,, dan dalam ramai2 mereka , budak lelaki itu tetap ada,, dan belum besar lagi,, hee,,
hidup aku di sekolah menengah dibayangi oleh dia,, di setiap tingkatan dan di setiap penjuru,, dari tingkatan satu lagi,, dia sentiasa ada untuk membantu aku dalam apa2 perkara pun,, tidak kira apa,, sungguh,, apa2 pun dia akn tolong aku, baiknya dia ,, tapi baru sekarang aku sedar setelah dia sudah jauh dan membelok ke jalan lain,, aku juga membelok ke arah lain dan kami perlu meneruskan jalan kami sendiri,, (aku terasa mcm nak nyanyikan lagu aizat yg berjudul "pergi" untuk budak lelaki itu) dia kawan baik aku yg paling baik,,
post ni sebenarnya aku dedikasikan untuk budak lelaki itu,, yg sekarang sudah lebih tinggi dari aku,, ye,, dia sudah besar dan belajar berdikari,, aku kagum kerana dia dapat mengawal dan melawan homsiknya dgn baik, walaupun dia tidak pernah cerita tapi aku kenal dia, ,,aku harap dia berjaya mengejar cita2nya yg sbnrnye sama dgn cita2ku yg tidak kesampaian,, (sadis) kerana aku ditewaskan oleh homsik ku sendiri,,
akhir kata,, SelaMat HaRi LaHir Encik MYZ! semoga panjang umur,, murah rezeki,, dan berjaya menjadi seorang Dokter yg hensem,, terima kasih sbb kawan dgn aku,, n byk tolong aku,,
Showing posts with label a remarkable young boy ( half man already ). Show all posts
Showing posts with label a remarkable young boy ( half man already ). Show all posts
Tuesday, December 29, 2009
Saturday, November 22, 2008
pengajaran,,
tahun 2008 mengajar aku macam2,, mengajar aku erti kedewasaan,, erti kemerdekaan,, erti hidup,, erti persahabatan,, erti kesungguhan,,, erti kasih sayang dan erti persaudaraan,,
aku mulakan tahun ini dengan suatu perubahan yang nampaknya sangat drastik,, aku keluar dari persada Kelas Aliran Agama dengan nekadnya,, aku rasakan subjek2 seperti Syariah, QS dan arab tinggi terlalu berat buatku,, dan keputusanku itu juga didorong oleh seorang sahabat yang agak rapat,, dia menceritakn betapa senangnya subjek pendidikan islam itu,, betapa aku boleh menggantikan ketiga-tiga subjek di atas dengan subjek pendidikan islam,, arh,, aku terlalu terburu-buru,, tapi apa boleh buat,, itu yang aku lakukan dan hasilnya aku hanya mengambil sembilan subjek yang mudah-mudah saja untuk spm,, aku keluar dari aliran sains agama dan masuk ke sains biasa,, aku tinggalkan kelas 4KAA dengan seribu kegagalan dan melangkah ke 5A dengan semangat baru dan bertuahnya aku kerana aku rasa dialu-alukan disana,, dengan kawan baikku mengapitku di kiri dan kanan di dalam kelas,,, suasana begitu indah tapi semua itu tinggal kenangan,,
satu hari aku tak tahan dengan perangai salah seorang dari mereka,, aku larikan diri,, tak bertegur sapa dengannya dan pindah tempat duduk,, kebetulan pula susunan meja kelas pun bertukar,, jadi aku pilih untuk duduk dengan sahabat yang memujuk aku untuk tukar kelas pada suatu waktu dulu,, duduk dengannya membuka cerita baru dalam hidupku,, aku senang dengannya kerana dia melayanku dangan baik,, walaupun dia sedikit laser tapi aku tak kisah,, itulah dia, memang bagitu,, itulah dia yang aku kenal dari sekolah rendah dahulu,, tapi dah tinggi sikit,, menjelang spm,, aku bersyukur sangat kerana duduk di sebelahnya,, dia begitu banyak membantu,, resourceful,, tak faham boleh tanya dia memandangkan dialah satu2nya calon spm 2008 yang straight 10a1 mase trial,, secara tak langsung pencapaiannya itu membuat aku lebih bersemangat untuk mengejar straight 9a1 spm 2008,, biar dia dapat 10 aku dapat 9,, aku tak kisah kerana dia memang jauh lebih pandai dariku,, kini,, 7 subjek dah lepas untuk spm,, lusa ada biologi dan tulat ada physics,, aku akan usaha sedaya mungkin,, satu hari untuk satu subjek,, ye,, aku memang selalu buat kerja last minit,,

Subscribe to:
Posts (Atom)