Saturday, November 22, 2008

pengajaran,,

tahun 2008 mengajar aku macam2,, mengajar aku erti kedewasaan,, erti kemerdekaan,, erti hidup,, erti persahabatan,, erti kesungguhan,,, erti kasih sayang dan erti persaudaraan,,

aku mulakan tahun ini dengan suatu perubahan yang nampaknya sangat drastik,, aku keluar dari persada Kelas Aliran Agama dengan nekadnya,, aku rasakan subjek2 seperti Syariah, QS dan arab tinggi terlalu berat buatku,, dan keputusanku itu juga didorong oleh seorang sahabat yang agak rapat,, dia menceritakn betapa senangnya subjek pendidikan islam itu,, betapa aku boleh menggantikan ketiga-tiga subjek di atas dengan subjek pendidikan islam,, arh,, aku terlalu terburu-buru,, tapi apa boleh buat,, itu yang aku lakukan dan hasilnya aku hanya mengambil sembilan subjek yang mudah-mudah saja untuk spm,, aku keluar dari aliran sains agama dan masuk ke sains biasa,, aku tinggalkan kelas 4KAA dengan seribu kegagalan dan melangkah ke 5A dengan semangat baru dan bertuahnya aku kerana aku rasa dialu-alukan disana,, dengan kawan baikku mengapitku di kiri dan kanan di dalam kelas,,, suasana begitu indah tapi semua itu tinggal kenangan,,

satu hari aku tak tahan dengan perangai salah seorang dari mereka,, aku larikan diri,, tak bertegur sapa dengannya dan pindah tempat duduk,, kebetulan pula susunan meja kelas pun bertukar,, jadi aku pilih untuk duduk dengan sahabat yang memujuk aku untuk tukar kelas pada suatu waktu dulu,, duduk dengannya membuka cerita baru dalam hidupku,, aku senang dengannya kerana dia melayanku dangan baik,, walaupun dia sedikit laser tapi aku tak kisah,, itulah dia, memang bagitu,, itulah dia yang aku kenal dari sekolah rendah dahulu,, tapi dah tinggi sikit,, menjelang spm,, aku bersyukur sangat kerana duduk di sebelahnya,, dia begitu banyak membantu,, resourceful,, tak faham boleh tanya dia memandangkan dialah satu2nya calon spm 2008 yang straight 10a1 mase trial,, secara tak langsung pencapaiannya itu membuat aku lebih bersemangat untuk mengejar straight 9a1 spm 2008,, biar dia dapat 10 aku dapat 9,, aku tak kisah kerana dia memang jauh lebih pandai dariku,, kini,, 7 subjek dah lepas untuk spm,, lusa ada biologi dan tulat ada physics,, aku akan usaha sedaya mungkin,, satu hari untuk satu subjek,, ye,, aku memang selalu buat kerja last minit,,

1 comment:

Zawir Abd Rahim said...

trime kasih bebanyak sebab jd kawan aku.

anyway, yes, aku mmg laser.
and i'm proud of it.

frenz forever.

ZAWiR