assalamualaikum,,
di pagi2 ahad yg hening ni aku tbe2 ber-mood utk type sesuatu,,
aku rasa hidup ni mcm satu perjalanan yang banyak simpang2,, jln lurus bererti meneruskan apa yg sedang dilakukan,, simpang ke kanan bererti membuat satu pilihan yg baik,, tp simpang ke kiri pula menggambarkan satu kesilapan dlm memilih,, jadi aku? mcm mana jln hidup yg aku dah lalui,, aku nk memuhasabah diri sambil bercerita pada kalian,,
perjalanan ini dimulakan secara biasa2 saja,, mungkin ramai yg seperti aku,, memulakannya dgn pergi ke tadika,, kemudian aku ke sekolah rendah,, satu jalan lurus bagi aku kerana tiada pilihan lain yg wujud,, then aku ke sekolah menengah harian biasa yg agak cemerlang di daerahnya,, yg ini aku memilih,, tapi tanpa banyak berfikir memandangkan kementahan usia semuda 13 tahun, aku memilih untuk masuk ke Kelas Aliran Agama di mana ada tambahan 1 subjek iaitu Bahasa Arab komunikasi,, dan aku cemerlang dalam semua subjek kecuali Bahasa Arab Komunikasi tadi,, jadi aku menyesal?? ya! why not,, untuk PMR pun aku hanye dpt C utk BA,, tapi kawan2,, bila difikir2kan balik,, aku patut bersyukur sbb berpeluang menyebut2 dan menghafal2 bahasa syurga,, "uhibbul lughatul arabiah" ok i lie! tapi aku patut rasa mcm tu kan?
setelah PMR,, aku masuk ke simpang kiri lagi, di mana aku meneruskan kedudukanku di persada Kelas Aliran Agama, dgn 3 subjek untuk org alim2 dan berhati jernih,, iaitu Quran Sunnah,, Bahasa Arab Tinggi dan Pendidikan Syari'ah Islamiah,, dan pada tahun 2007 itu,, aku betul2 gagal dalam segala2nya kecuali untuk ujian JPJ lesen motosikal,, pada tahun yg gelap itu aku jadi malas kerana terlalu banyak subjek yg perlu distudy,, tambah pulak dgn kebodohan aku menjalinkan hubungan cinta dgn seorg lelaki yg tidaklah sehensem mana,, satu pembaziran dalam hidup aku! ok2,, ini faktor kementahan umur lagi,, banyak masa dihabiskan dgn SMS dan chatting,, byk duit dihabiskan utk tambah nilai kredit henset aku dan byk air mata dibazirkan kerana cemburu, rindu dan sayang yg ter'sgt2,, dan itulah kebodohan aku yg paling besar,, di mana lelaki itu skrg? ada,, masih hidup,, walaupun aku pernah rasa macam hendak membunuhnya suatu waktu dulu,, tapi aku bangga,, sbb aku yg tinggalkan dia,, ia simbolik,, tinggalkan dia bererti aku tinggalkan kebodohan dan pembaziran,, 2007 tahun kegelapan,,
2008,, aku nak SPM,, sebab aku dah gagal untuk tahun yg sebelumnya jadi aku betul2 nk berubah,, langkah pertama ialah dengan meminta pandangan drpd seorg kwn yg agak genius pd pndangan aku (En. MYZ),, walaupun dia juga tidak berapa cemerlang untuk 2007 kerana ada sedikit konflik yg berlaku , tapi aku tahu dia sebenarnya geliga dan akn berfikir betul2 jika sesuatu itu berkaitan dgn aku,, so dgn nasihatnya, aku tinggalkan aliran agama,, masuk ke aliran sains biasa,, dan ini simpang ke kanan! yeah!,, perjuangan mengejar SPM 2008 betul2 memenatkan sampai aku pernah berfikir yg semua ni berbaloi ke,, bayangkanlah,, aku bersekolah 7 hari seminggu,, tiada istilah cuti sabtu ahad,, dan hasilnya bolehlah dikatakan berbaloi juga,, aku dpt ape yg aku nak, dan boleh apply ape2 kos yg aku nak,, dan kesalahan aku ialah aku pilih UIA untuk upu tanpa berfikir panjang,, aku pilih uia sbb nk glamor! betul, ini fakta,, budak uia,, knp glamor? sbb masa tu aku suka giler dgn novel islamik,, mcm ayt2 cinte,, ketika cnta bertasbih,, syabab musafir kasih,, seindah mawar berduri,, hatiku milikmu dan tautan hari,, so aku ni mcm nak carik Asiah Yusra di uia,, aish,, masih mentah jugak diri ini walaupun dah 17 tahun.. dan ia simpang ke kiri,, aku x boleh sesuai di uia,, kerana aku dah tahu yg lps PJ aku kene pergi Kampus Kuantan,, aku tak suka itu,, makin jauh dari rumahku nnt,, mcm mana aku nk balik selalu?,,
dgn penuh keyakinan,, aku masuk ke simpang lain,, aku tidak meneruskan jalan di uia tadi,, dan aku belum pasti lg sama ada ia simpang ke kiri atau ke kanan,, aku skrg masih dalam perjalanan menuju ke STPM 2010,, perjalanan yg berliku2 serta berduri2,, tapi aku kuatkan semangat,, bagaimana akhirnya pilihan yg satu ini,, Tuhan saja yg tahu,,
semoga kalian turut berfikir2 tentang perjalanan kalian juga,,
wassalam,,
1 comment:
there's success in every road you take if u work hard for it.
knowing your capabilities would help you in the future.
ZAWiR
Post a Comment