Suatu waktu dulu, aku merupakan seorg budak Melayu yg sgt racist. takde kawan cina. takde kwn india. punjabi apetah lagi, (haha).
Aku membesar di sekolah rendah yg majoriti umatnye Melayu. kemudian. melangkah ke sekolah menengah melalui Kelas Aliran Agama. so, walaupun byk cina dan india tapi kelas aku diasingkan dari mereka. anak2 Melayu terpilih la kononnye. dari tingkatan satu sampailah tingkatan empat.
Lepastu aku mengalami masalah dgn subjek2 keagamaan dan kebahasa-araban. (kerana aku bukan insan terpilih yg berhati jernih).
Tingkatan lima, Aku keluar dari kelas agama. Aku mula berjinak-jinak dgn bangsa2 lain yg ada di Malaysia ni. tapi masih dgn pemakaian budak kuat agama, pakai coverhand. jalan2 pakai stokin. selalu bawak maksurat pegi skola. Mase rehat bace maksurat. Bawak buku kecik surah2 pilihan. Bila free aku bace. Alim la jugak dulu. hoho. aku hanya berkawan cket2 je dgn mereka. tidaklah serapat mana. kerana di kelas itu byk jugak budak2 berbangsa M.
lepas SPM, aku masuk UIA Petaling Jaya. lagilah engkau tak boleh bayangkan. nak tahu? Aku pakai tudung labuh, yg bulat tu. mcm ustazah tu. siyes ak tak tipu. cayalah, mmg terserlah islamnye hati. kalau x pakai tudung tu. aku pakai tudung 3 segi tapi yg lerang enam puluh. fuhh. hebat jugak ape. haha. stokin tak tinggal, n cover hand pon masih setia di lengan. pagi2 bangun pukul 5. mandi, subuh. mengaji, bace maksurat. (hari2 mcm ni tau, selama 2 bulan). pastu mlm jumaat aku turun surau bawah utk smayang jemaah. (betul).
namun. setelah dirasuk setan. aku keluar dari universiti ISLAM antarabangsa malaysia tu. aku tolak biasiswa JPA aku. hanya untuk.....
masuk ke tingkatan enam aliran sains yg majoriti pelajarnye BUKAN ISLAM. dekat form six. aku belajar erti perpaduan. aku sorg je Melayu perempuan yg ade kat situ dan mereka amat memahami tentang keseorangan ini. perspektif aku pada org2 cina dan india berubah 360 darjah. mereka boleh dibuat kawan. malah kawan yg baik. lebih baik sbnrnye dr kebanyakkan kwn2 Melayu yg aku pernah ada.
dan sekarang. aku dah tak racist lagi, meter racist aku ialah 5% sahaje. hee.
tapi sayang. nilai2 Islam turut melayang.
takde lagi tudung labuh. (alhamdulillah masih bertudung).
takde lagi coverhand (alhamdulillah masih berlengan panjang)
takde lagi maksurat (alhamdulilah masih bersolat)
dan. Alhamdulillah sgt2 aku masih disayangai Tuhan.
3 comments:
hehe.. ala.. ak cine gk ape.. wlaupn half blood jeq.. haha.. tp oke la 2 ya.,. at least blja utk jd lbh bek an..
saya lbh suka awak yg dulu :)
aku suke post ko yg ni..xthu knp..
Post a Comment