Friday, November 5, 2010

Suram. Bermandi dosa.

Assalamualaikum. [ Kaum Adam tidak digalakkan untuk baca post ini ]

Pernah dengar fakta yg dlm seribu org Islam zaman skrg, sorg saje yg masuk syurga? Takut?
Sebenarnya aku rasa , mmg susah utk tidak berdosa. Lagi2 kalau perempuan. Jalan2 tak pakai stokin, dah berdosa. Pakai baju lengan panjang tapi bila tersingkap sikit lengan baju masa tgn bergerak, terdedah seinci pun, dah berdosa. Pakai tudung x cukup tutup Everest, dah menjolok mata, of course berdosa? yeke? oke Encik Lelaki yg memandang pun berdosa, sama2 saling dosa mendosai. Tapi skrg ak nk ckp psl pempuan je sbb ak x faham sgt dgn org lelaki punye tabiat, hobi2 haram dan nafsu segala. Kerana aku perempuan!

Kenapa malas pakai stokin? Xde panas sgt kalau setakat Malaysia ni. Lagipun kaki tu  bukan cantik sgt, buku lali hitam lebam, jari2 pn x seputih mana. Tumit x merah menggoda pun. Kenapa? Entah. Aku pn kadang2 malas nk pakai. Kalau sebab nk nmpk seksi, aku ade satu soalan. Seksi ke pempuan kalau x pakai stokin Encik Lelaki? Xkot. Kaki yg dari buku lali ke bawah bukan mengghairahkan pn. Aku rase la. Xtau pulak kalau ade Lelaki yg berasa semacam bila tgk kaki perempuan buku lali ke bawah. Stokin yg tak jarang mahal ke? Aku rasa masih murah kalau nk dibandingkan dgn Tudung Ariani. Jom kwn2 perempuan semua, mari kita pakai stokin kalau nk keluar rumah. Nampak pelik? Taklah, tak pelik. Lagi pelik kalau nampak tumit pecah, kuku buruk dan jari kaki kontot hodoh. ha? Jangan pulak pakai stokin sebab kaki hodoh, kita pakai stokin untuk tutup aurat. Untuk kurangkan satu dosa yg kita biasa buat. Oke?

Cover Hand. Ini ujian besar, mmg malas nak pakai, ketat, panas. bagi aku la. sbb ak kn tembam. haha . tapi ade je aku tengok org pakai. Aku mmg tabik dgn org yg pakai cover hand! Xkire la pakai baju kurung ke blouse ke T-shirt ke, dia mesti pakai cover hand. Kalau aku Encik Lelaki, aku nak carik isteri yg pakai coverhand.heheh. selamat satu dosa aurat. Tapi aku perempuan, aku yg kene pakai coverhand. Malas! oke3. mari cuba2 pakai coverhand. Jom kwn2 perempuan semua, kita tolak satu lagi dosa yg biasa di buat.

Tudung pendek tak tutup dada. hai nak tunjuk nasik lemak ke cik kak? Adeh. Ini baru mengghairahkan kalau nak dibandingkan dgn tak pakai stokin tadi, adekah anda bertudung pendek untuk mengghairahkan Encik Lelaki dan menarik attention mereka? Kalau betul kan, kenapa ye? Berdosa tahu tak? Kesian Encik Lelaki kena kerja keras untuk tidak memandang. So, mari kita pakai tudung yg tak jarang dan labuh cukup untuk menutup apa yg perlu disembunyikan sampai kesannya pun tak nampak. Faham?  

Tu sume bab aurat yg org perempuan termasuk aku kena kerja keras. Sebenarnya ada lagi sikit, jgn pakai baju ketat2 sgt , seluar pun sama. Sebab bentuk badan perempuan pun mengghairahkan jugak kot. Mari elakkan diri dari bermandi dosa.

Panjang lebar pulak aku berceramah, kepada mereka yg terkena batang hidung. jgn terasa k, tapi mari sama2 kita berubah. Amin. Aku tak kutuk org seksi, tapi nak ajak mereka berubah je. kalau xnak xpe, nnt tiba masanya mereka berubah jugak, mungkin belum tiba saatnya.  Yang penting aku dah cakap benda2 censored yg ramai org x tercakapkan tapi nak cakap. Adeh. bebelit-belit ayat.

Pintu Taubat yg seinfiniti luasnya tidak pernah tertutup. Selagi nyawa masih berkudrat di dalam jasad, selagi itu roh yg hitam berdosa boleh berhijrah menjadi sejernih cahaya.

No comments: