Wednesday, August 18, 2010

Another Day..

Assalamualaikum.

Ada berjuta-juta bauran emosi dalam hati aku skrg. Kenapa? Sebab trial tinggal sebulan je lagi dan STPM yg betul pulak x sampai 100 hari jek lagi. Wajarkah hati aku bertaman-taman di saat-saat begini?. Hai. Pengalaman menempuh UPSR. PMR dan SPM memang betul2 tak sama dgn yg satu ini. Tak dapat aku nak gambarkan gejolak ribuan rasa yg bagai diuli hingga sebati lantas menghasilkan satu rasa baru yg WOW!. rasa baru ini mencetuskan sedikit anjakan kerajinan yg  masih tidak cukup.

-masih belum sempurna-

Pemergian Encik MYZ ke Indonesia utk melanjutkan pelajaran membuatkan aku terfikirkan sesuatu. Dia dah mula bekerja untuk degreenya tapi aku masih lagi di bangku sekolah. oke. satu rasa rendah diri tiba-tiba dtg menghantui. ramai kwn2 ak semua dah start sem degree mereka sedangkan aku masih menseterika baju sekolah di awal2 pagi. tapi ini tahun akhir, menjadi pelajar yg paling tua di sekolah adalah satu pengalaman 
yg tak semua org berpeluang merasa. Indah sebenarnya.

aku dah mula nekad utk tinggalkan rumah selepas STPM. pergi buat seketika untuk mengejar Ijazah kemudian pulang semula ke pangkuan mak aku yg masih sihat wal afiat. 

Kitaran hidup yg aku susah nk terima dulu.
Kini aku mengharapkannya. semoga aku dpt 4P dan berjaya mendpt tmpt di mana-mana IPTA yg cemerlang utk satu  kos yg betul2 aku nak.

aku dah hilang sedikit lemak bersempena Ramadan al-Mubarak ni tapi aku mengharapkan penghilangan dosa sebenarmya. tak tahu lah. 

Semoga mak aku dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yg terbaik sepanjang hayat.
Semoga Encik MYZ berjaya mengejar apa yg dicari di sana.
Semoga aku dpt 4P utk trial dan 2A2B utk STPM nnt.

AMIN