Thursday, October 8, 2009

pilihan

assalamualaikum,,

tatkala telefon berdering, kita boleh pilih untuk jawab atau biarkan saja si pemanggil gila sendiri,, pabila menjalin hubungan, kita boleh pilih untuk meneruskannya atau memutuskannya di tengah jalan,, di saat pilihan menjadi satu kemestian hati pasti dihambat kegelisahan.. namun jika apa yg dipilih membuahkn kejayaan pasti rasa puas dan syukur yg merajai jiwa,, jadi apa yg dirisaukan? andai pilihan tadi x tepat pasti akn dtg pilihan2 lain yg masih boleh membetulkan keadaan,, hidup untuk membuat pilihan,, jadi pilihlah sendiri untuk terus memilih atau membiarkan peluang itu berlalu pergi,,

kadang2 kita tertarik dgn sesuatu pilihan yg kurang wajar.. atau mungkin agak mustahil,, tapi sebenarnya ia hanya mainan emosi kerana tiada apa yg x mustahil selagi tidak melanggar kuasa Tuhan,, dunia kini tanpa batasan, anda sendiri yg memilih untuk susah atau senang,, untuk gembira atau sengsara,, untuk senyum atau menjeling sinis,, saya di sini hanya bermain dengan kata-kata,, namun ada antara mereka di luar sana yg mampu bermain dgn emosi org lain,, alangkah indahnya jika tulisan saya ini dpt bermain2 dgn emosi kalian,, tapi saya tiada pilihan untuk ini kerana ia bergantung pada minat kalian terhadap penulisan saya yg agak tidak masuk akal kadang kala,

hari ini,,, saya memilih untuk bergembira dan menikmati hidup sedalam-dalamnya,, dunia terlalu cantik,, susun atur peristiwa hidup terlalu dramatik .. ketentuan Tuhan diluar jangkaan,,
warna-warni tabiat manusia menjadikan alam ini langsung tidak membosankan.. masalah sentiasa ada,, penyelesaian hanya perlu dipilih dan hasilnya kadang kala menarik, kadang kala
tragis,,

pilihan dan pilihan,, mana satu jadi idaman? hidup perlu beraspirasi kerana hujungnya nanti tiada siapa yg dpt menjangka bagaimana ia akn diakhiri,

sekian,,,

No comments: