Sunday, September 27, 2009

tiara da x tau!

assalamualaikum,,

tuan2 dan puan2,, pada ketika ini terdpt seorg perempuan muda yg kusut fikirannya,, dia termangu sendiri di dalam dunia yg berwarna-warni ini,, pada tanggal 8 syawal seorg hamba tuhan yg bernama _____ merasakan dirinya sgt2 sengal,, mengapa hal ini terjadi? kerana pada keesokan harinya sesi persekolahan akn bermula sperti biasa tetapi dirinya tidak lengkap dlm serba-serbi perkara, sepanjang cuti yg tamat hari ini dia langsung tidak menyuburkan mindanya dgn revision dan menyiapkan tugasan-tugasan yg diberi oleh guru,, walaupun batinnya menjerit "kenapa la aku mls sgt? knp ak jd mcm ni? knp fom 6 susa sgt?" ,,, pada pndpt kalian adakah dia akn gagal?

perihal dia,,
dia merupakan seorg pljr tingkatan enam d sebuah skola yg tidak cemerlang di daerahnya,, mengambil aliran sains dgn pengkhususan biology,, tetapi sebenarnya itu bkn minatnya,, dlm dunia ini,, dia hanya meminati "kucing",, dan pekerjaan yg paling akn membuatnya puas dgn hidup ialah catsitter ( mcm babysitter tp utk kucing ),, huh,, realitinya, pekerjaan itu hanya wujud dlm angan2nya saja,, jadi untuk meneruskan hidup d dunia yg penuh cabaran ini,, untuk mengharungi suka-duka dan pahit maung duniawi dia terpaksa membuat keputusan untuk mengambil stpm sebagai wadah bagi memajukan hidupnya setapak lagi, hanye itu satu2nya jalan ke universiti yg dia mampu harungi,,

dan kini,, dia menjalani hari2nya sebagai seorg pelajar tingkatan enam yg belum berjaya,, bagai ada 1 kuasa yg menyerunya untuk menjadi malas ,,, pabila hatinya terdetik untuk membaca buku atau membuat homework,, seperti ada 1 bisikan yg menyuruh dia menangguhkan niat itu,, "rajin" seakan2 tidak mahu mendekatinya langsung manakala "malas" pula memeluk dia seerat2nya,, hatinya sedar akn kekhilafan diri yg satu ini namun mindanya seakan tewas dgn bisikan kemalasan yg merajai diri,, jadi dari hari ke hari,, hamba tuhan yg satu ini menjadi semakin tidak berguna serta telah pun memenangi anugerah "pembazir masa terbaik dunia".. arh,, dia kini menjadi lebih teruk drpd pekerja2 asing yg bermandi peluh membangunkn negaranya,, mereka memerah keringat untuk mancari rezeki di saat dia hanya betah melanguk dan melepak,, streamyx dan astro menjadi sahabat karibnya,, dia kini menjadi lebih memualkan drpd rakan2 sebayanya yg tidak lg mahu meneruskn pelajaran,, yg sanggup bekerja sebagai cashier d pusat2 membeli belah dgn gaji yg ciput,, dia lebih teruk dr mereka,,

sebenarnya,, jauh d sudut hati,, dia tidak mahu terus-terusan begini krn menyedari dirinya membawa segunung harapan dr bonda dan ayahandanya,, malah seisi keluarga dan sanak saudara turut mengharapkan kejayaannya kerana kecemerlangan "secara kebetulannya" dlm spm tahun lepas telah mengaburi mata mereka,, tetapi tuan punya badan sendiri merasa agak was2 dgn kemampuan diri,,

sekian_nukilan hati seorg hamba Allah_

1 comment:

M.Sya.R said...

assalamualaikum..
sabar..kejar kerajinan tu..
ingat mak n ayah kt umah..