dia masih lagi di dalam bilik yang sama,, bilik berselerak yang penuh dengan barang-barang,, tapi hari ini fikirannya kusut,, mindanya berserabut,, dia bungkam,,, berwalang hati dengan nasib yang menimpa,, semalam dia dengan tenangnya telah mengebumikan seekor anak kucing yang tidak berdosa,,, pagi tadi dia mengulangi perkara yang sama dengan hati yang tidak setenang semalam,, dia mula risau,, lepas seekor,, seekor lagi,, dan sekarang masih ada seekor lagi yang kelihatan uzur dan tiada kudrat untuk makan sekalipun,, hatinya sakit,,, percaturan ajal kucing-kucingnya bagai telah diatur,, mereka bagai diracun seekor demi seekor,,, ya,,, dia akui,,, ini semua kerja Tuhan Rabbul Jalil,, tapi penyebab perkara ini berlaku perlu diteliti,, hatinya berharap sangat supaya menanam jasad kucing yang telah mati tidak akan menjadi rutin hariannya setiap pagi,, dunianya akan kelihatan hodoh dan menjijikkan jika itu berlaku,,
banyak perkara yang mengusutkan fikirannya,,,
4 ekor anak kucing yang baru berusia sebulan makin menjadi-jadi nakalnya,,,
dia perlu mengajar mereka untuk kencing dan berak di tempatnya dan itu memerlukan masa yang lama dan kesabaran,,,
biliknya perlu dikemas,, kemudian lantai bilik perlu disapu dan dimop, cadar tilam dan sarung bantal perlu dibasuh,, sangkar hamster perlu dibersihkan,,, semua itu perlu dilakukan sebelum matahari terbit esok hari,,, kerana esok dia sudah mula bekerja,, hari ini merupakan hari terakhir dia bercuti,, banyak benda perlu dibereskan,,
No comments:
Post a Comment